Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Cara ‘Jual Emosi’ Pelanggan Untuk Tingkatkan Sales Bisnes Anda !

Warning: Trying to access array offset on value of type bool in /srv/users/funnelevo/apps/funnelevo/public/wp-content/plugins/elementor-pro/modules/dynamic-tags/tags/post-featured-image.php on line 39

Ok, jom kita ikuti dua situasi perbualan telefon dibawah ini…

Situasi #1

“Hello, boleh saya bercakap dengan En Ali?”

Satu panggilan masuk ke dalam telefon En Ali, betul-betul sewaktu dia sedang ‘fokus’ mahu menjamah makanan tengahari nya..

“Ya, saya Ali. Siapa ni?”

“Saya Faizal En Ali, saya nak perkenalkan satu pakej insurans untuk En Ali & keluarga”

“Owh… takpe, takpe, saya busy. Call lain kali lah ye.. Assalamualaikum”

Situasi #2

“Hello, boleh saya bercakap dengan En Ali?”

“Ya, saya Ali. Siapa ni?”

“Saya Faizal En Ali, saya nak bantu selamatkan En Ali & keluarga dari ditimpa masalah pada masa akan datang!”

“Hahh! Masalah?”

‘Ya, masalah. Masalah bila En Ali demam, sakit, atau En Ali tak boleh pergi kerja, saya akan beri duit untuk En Ali dan keluarga. So, tak kerja pun saya nak bagi duit”

“Eh, biar betul kamu ni.. macam mana?’

“Sebelum tu, saya nak tanya, En Ali sayang keluarga tak? Dan En Ali nak tak suatu hari nanti kalau En Ali tak sihat saya tolong bayarkan duit tiap-tiap bulan tanpa perlu En Ali kerja?”

“Eh, gila tak nak! Tentulah nak Hehe..”

Dan perbualan itu bersambung dengan panjang lebar. Si Ali mendengar, si Faizal mempromosi ‘segila-gilanya’ kepada Ali.

Apa beza 2 contoh perbualan diatas?

Bezanya simple, perbualan pertama, si Faizal menjual dengan kapasiti apa yang dia tahu bukan apa yang En Ali mahu. 

Situasi kedua, si Faizal menjual dengan menggunakan kelemahan En Ali. Faizal menjual bukan apa yang dia tahu, tapi apa yang En Ali MAHU.

Bagaimana Faizal tahu kelemahan En Ali? Sedangkan dia tidak pernah berjumpa malah bercakap dengan En Ali?

Sebenarnya, kelemahan En Ali juga adalah kelemahan SEMUA orang.

Kelemahannya adalah EMOSI!

Emosi En Ali tersentuh terutamanya bila Faizal ‘sentuh’ tentang isu keluarga..

Apabila kita nak menjual, jual lah EMOSI dahulu. Selami emosi prospek yang paling dalam, sedalam dalamnya terlebih dahulu barulah menjual.

Kerana, manusia bukan membeli disebabkan brand, bukan disebabkan harga, bukan juga disebabkan siapa yang menjual, tetapi manusia membeli disebabkan EMOSI. 

Dengan emosi, beg yang murah boleh dijual RM30,000!

Dengan emosi, barangan antik yang tiada nilai boleh dijual dengan harga ratusan ribu!

Dengan emosi, gambar yang biasa, boleh dijual dengan harga jutaan dolar!

Dengan emosi, manusia sanggup gadaikan maruah!

Dengan emosi…….. semua boleh dijual!

Jadi, jika bisnes anda, ayat copywriting anda, iklan anda, atau presentation anda boleh menyentuh hati dan emosi prospek, mereka akan secara sukarela memberi anda duit.

Faham?

InsyaAllah saya akan berkongsi lebih banyak tips, teknik & strategi untuk marketing dan sales dalam program terbaru saya iaitu Seminar Rahsia Sales Online yang akan diadakan di beberapa tempat di Malaysia.

Saya percaya, setiap bisnes apa pun yang anda buat, pasti ada potensi untuk pergi jauh & berjaya! Dengan syarat anda mesti sanggup untuk berkorban sedikit masa untuk menuntut ILMU, dan mencari GURU yang akan bantu anda..

Jika anda serius untuk ubah nasib bisnes anda, >> KLIK DISINI SEKARANG <<

Jangan lupa share artikel ini

Related Articles

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!