“Bro, aku ada perasaan iklan produk kau lalu di Instagram Story aku. Macam mana kau buat tu?”
Haa.. mesti anda tahu tentang Instagram Story kan?
Instagram Story adalah salah satu fungsi yang disediakan oleh di Instagram bagi membolehkan pengguna nya berkongsi apa-apa status dalam bentuk video pendek yang berdurasi 15 saat maksimun.
Sekarang ini ramai peniaga online yang bila beriklan, mereka hanya tertumpu Facebook sahaja.
Sebenarnya di Instagram pun boleh beriklan, lagi-lagi di Instagram Story kerana sekarang ini ramai audience yang mula & suka berkumpul di situ.
Kalau dulu majoriti audience di Instagram ini berumur 25 tahun kebawah sahaja, jadi conversion bila beriklan agak rendah. Tetapi sekarang orang berumur 30-40 tahun juga dah mula wujud di Instagram yang mana kuasa beli pada mereka adalah lebih tinggi.
Jadi, sebagai seorang peniaga yang menggunakan platform online anda kena menggunakan peluang ini bagi menampakkan produk & servis anda kepada mereka di Instagram Story.
So.. berminat nak tahu cara hasilkan iklan di Instagram Story?
Ok, untuk memudahkan anda belajar cara–cara nak hasilkan iklan di Instagram Story dengan mudah kurang daripada 5 minit, boleh tonton video dibawah ini ;
Semoga bermanfaat ye!
=)