SAYA PERNAH TERPAKSA TUTUP SEBUAH KLINIK. KINI, SAYA SEDANG MEMBINA IMPIAN BAHARU.

Saya Dr. Nurhannani Kamarudin, pengasas Rumah Sihat Kita Sdn. Bhd. dan usahawan PRESIDENT FunnelEvo. Sebelum berniaga, saya seorang doktor di Klinik Kesihatan Mahmoodiah, Johor Bahru. Pada usia 32 tahun, saya mula membuka Klinik Dr Hannani di Parit Raja, Batu Pahat.

Saya mahukan kebebasan untuk menentukan pendekatan rawatan terbaik buat pesakit, mengubah kehidupan dan mempunyai masa yang lebih fleksibel. Namun, menjadi seorang doktor dan mengurus sebuah perniagaan membawa cabaran yang berbeza.

Saya pernah membuka sebuah klinik bersama rakan kongsi, termasuk sleeping partner. Tetapi perjalanan itu tidak berakhir seperti yang dirancang. Klinik tersebut akhirnya terpaksa ditutup.

Pengalaman itu mengajar saya betapa pentingnya memilih rakan kongsi, memahami struktur pemilikan dan membina pengurusan yang kukuh. Cabaran saya juga datang daripada terlalu banyak idea dan peluang yang mahu diterokai serentak. Saya perlu belajar mengurus fokus, masa dan keutamaan supaya perniagaan dapat berkembang dengan lebih tersusun. Itulah antara sebab saya menyertai FunnelEvo.

Saya mahu mengembangkan perniagaan dan membina sebuah klinik baharu dengan hala tuju yang lebih jelas. Selepas mendapat bimbingan, saya mula nampak langkah yang perlu diambil. Saya lebih tersusun dalam merancang tindakan dan lebih jelas tentang keutamaan perniagaan.

Alhamdulillah, jualan Klinik Dr Hannani meningkat sebanyak 14.4% pada tahun 2025 berbanding tahun 2024. Bagi saya, pencapaian ini bukan sekadar angka. Dalam bidang ini, saya membawa amanah untuk menjaga pesakit, di samping tanggungjawab membina perniagaan.

Saya masih ingat pengalaman menyelamatkan seorang bayi yang mengalami masalah pernafasan selepas sawan. Pengalaman itu sentiasa mengingatkan saya mengapa saya memilih jalan ini.

Kini, melalui usaha dan bimbingan bersama FunnelEvo, impian membina She Needs Clinic menjadi kenyataan. She Needs Clinic bakal dirasmikan pada 7 November 2026, dengan kehadiran Tuan Pudin yang akan menyerikan majlis. Pembukaan ini menjadi satu lagi langkah penting dalam perjalanan saya sebagai doktor dan usahawan.

Jika ada satu pesanan yang ingin saya kongsikan, jangan rasa kita mampu buat semuanya sendiri. Rendahkan hati untuk belajar. Cari guru dan dapatkan bimbingan daripada mereka yang lebih berpengalaman. Kerana bekerja keras sahaja belum cukup. Kita perlu tahu ke mana usaha itu sedang membawa kita.

Kami sasarkan 1,000 bisnes capai RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?

Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!