Nama saya Puan Faz, pengasas FAZSFAOZI Beaute. Dulu bila berniaga, banyak perkara yang saya fikir hanya berkisar tentang satu benda. Sales. Berapa banyak nak jual. Berapa target bulan ini. Berapa lagi nak kejar untuk capai angka yang kita mahukan. Saya sangka itulah ukuran utama kejayaan dalam bisnes.
Tetapi selepas bersama FunnelEvo dibimbingan President Circle, banyak perkara dalam diri saya mula berubah. Antara perkara paling besar yang saya belajar ialah tentang niat dalam berniaga. Melalui perkongsian, bimbingan dan nasihat daripada circle serta Board Of advisory FunnelEvo, saya mula melihat bahawa bisnes bukan sekadar tentang berapa banyak yang kita boleh dapat. Tetapi tentang berapa ramai yang boleh mendapat manfaat melalui bisnes yang kita bina.
Bila niat itu mula diperbetulkan, cara saya melihat team juga berubah. Saya tidak lagi hanya melihat mereka sebagai orang yang bekerja untuk membantu syarikat mencapai sales. Saya mula melihat mereka sebagai individu yang juga mempunyai impian, keluarga dan kehidupan yang mereka mahu bina. Alhamdulillah, hari ini saya mula nampak kesannya. Ada staff saya yang dengan pendapatan daripada syarikat ini, sudah mampu terbang bercuti. Ada yang sudah mampu membeli kereta baharu dengan payslip daripada syarikat kami sendiri.
Bagi orang lain, mungkin perkara ini nampak biasa. Tetapi bagi saya sebagai founder, perasaan melihat team sendiri mampu meningkatkan kehidupan mereka melalui rezeki yang datang daripada syarikat ini adalah satu rasa yang sukar digambarkan. Saya mula sedar bahawa kejayaan bisnes bukan hanya apabila akaun syarikat semakin besar. Tetapi apabila orang yang membina bisnes bersama kita juga dapat merasa nikmat daripada pertumbuhan itu.
Saya sangat bersyukur. Daripada satu perubahan kecil pada niat, kemudian berada dalam circle yang betul, akhirnya saya mula melihat impak yang jauh lebih besar daripada apa yang saya bayangkan. Bukan sahaja kepada diri saya. Tetapi kepada seluruh team yang selama ini berjuang bersama FAZSFAOZI Beaute.
Hari ini saya masih mahu bisnes ini terus berkembang. Masih mahu capai sales yang lebih besar. Masih mahu bina organisasi yang lebih kuat. Tetapi tujuan saya sekarang jauh lebih jelas. Saya mahu apabila FAZSFAOZI Beaute berkembang, kehidupan orang yang berada di dalamnya juga turut berkembang. Kerana akhirnya, bisnes yang berjaya bukan hanya bisnes yang mampu menghasilkan keuntungan. Tetapi bisnes yang mampu menjadi asbab perubahan kepada kehidupan ramai orang.
Alhamdulillah untuk perjalanan ini. Dan saya percaya, ini baru permulaan.
Kami sasarkan 1,000 bisnes capai RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?
Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!
