Baru Sesi Coaching Pertama, Saya Dah Nampak Apa Yang Perlu Diubah Dalam Bisnes

Nama saya Nurulhuda Jantan, daripada MSN Nilai Resources yang menjalankan bisnes pembekal penyelesaian packaging dan logistik yang boleh dipercayai. Dengan menyediakan wooden pallets, wooden crates, wooden boxes dan plastic pallets di Nilai Negeri Sembilan.

Kali pertama saya menyertai sesi coaching sebagai President Circle bersama FunnelEvo Apex Consulting. Pada awalnya, saya datang dengan harapan untuk mendapatkan pandangan baharu tentang bagaimana saya boleh membawa bisnes ke tahap yang lebih baik.

Alhamdulillah, walaupun baru sesi pertama, saya sudah mula nampak banyak perkara daripada sudut yang berbeza. Sepanjang sesi coaching, saya mendapat beberapa idea baharu yang sebelum ini tidak pernah saya fikir untuk lakukan dalam bisnes. Ada perkara yang selama ini saya jalankan dengan cara yang sama, tetapi selepas sesi ini saya mula nampak bahawa sebenarnya masih banyak ruang untuk saya cuba sesuatu yang lebih baik dan lebih tersusun.

Apa yang paling memberi kesan kepada saya ialah dari sudut pengurusan staff. Sebelum ini, mungkin kita rasa cukup sekadar beri arahan dan harapkan staff faham apa yang perlu dibuat. Tetapi melalui coaching ini, saya mula faham bahawa kalau kita mahu staff memberikan prestasi yang baik, kita sendiri perlu tahu bagaimana mahu train mereka dengan cara yang betul.

Saya mula nampak bahawa training bukan sekadar ajar kerja. Kita perlu ada proses, cara penyampaian dan expectation yang jelas supaya staff benar-benar faham standard yang kita mahukan. Bagi saya, ini satu permulaan yang sangat positif. Walaupun baru pertama kali menyertai sesi coaching, saya sudah pulang dengan idea yang boleh terus diaplikasikan dan perkara yang boleh diperbaiki dalam team.

Saya percaya kadang-kadang kita tidak perlukan perubahan yang terlalu besar untuk bergerak ke depan. Kami cuma perlukan pandangan yang betul, ilmu yang tepat dan circle yang boleh membantu kami nampak perkara yang selama ini kita terlepas pandang.

Insya-Allah, selepas ini saya mahu mula aplikasikan apa yang saya belajar, terutamanya dalam membina sistem training staff yang lebih baik dan mencuba idea baharu yang boleh membantu MSN Nilai Resources berkembang dengan lebih tersusun. Baru sesi pertama, tetapi saya sudah nampak arah yang lebih jelas untuk langkah seterusnya.

Kami sasarkan 1,000 bisnes capai RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?

Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!