Nama saya Iqlini Harun, founder Tenaga Carpet Spa, sebuah bisnes yang menawarkan servis cucian karpet di Kelantan. Sebelum ini, antara cabaran yang saya hadapi ialah sambutan terhadap servis kami agak perlahan.
Kami ada servis. Kami ada kepakaran. Tetapi untuk mendapatkan pelanggan secara konsisten, itu yang menjadi cabaran. Kadang-kadang kita rasa kita sudah buat marketing. Kita sudah keluarkan iklan. Tetapi pelanggan yang masuk masih tidak seperti yang kita harapkan.
Selepas saya menyertai Mastermind bersama FunnelEvo Apex Consulting, saya mula nampak bahawa masalahnya bukan semata-mata pasaran tidak mahukan servis kami. Ada perkara yang perlu saya betulkan pada cara kami membuat pemasaran. Salah satu perubahan terbesar yang saya lakukan ialah membetulkan framework iklan.
Sebelum ini, iklan mungkin sekadar membuat orang tahu tentang servis kami. Tetapi selepas diperbaiki, iklan itu lebih jelas dan lebih tepat kepada apa yang pelanggan perlukan. Bezanya memang sangat ketara. Kalau dahulu pelanggan sekadar bertanya-tanya, sekarang ramai yang datang bertanya dengan niat untuk terus mengambil servis. Sempena bulan Merdeka, kami turut implement satu promosi khas berdasarkan strategi yang telah dipelajari.
Alhamdulillah, sambutannya jauh berbeza daripada sebelum ini. Permintaan terhadap servis kami meningkat sekitar 3 kali ganda. Leads yang masuk juga semakin banyak sehingga boleh dikatakan leads mula banjir. Bagi saya, ini satu perubahan yang sangat besar kerana sebelum ini antara perkara yang kami risaukan ialah bagaimana mahu mendapatkan sambutan daripada pelanggan.
Daripada sini saya belajar satu perkara. Kadang-kadang bisnes bukan tidak ada demand. Cara kita membawa offer itu kepada pasaran yang belum betul. Bila framework pemasaran diperbaiki, offer menjadi lebih jelas dan operasi pula bersedia menerima pertumbuhan, result yang datang memang sangat berbeza.
Alhamdulillah, daripada bisnes yang sebelum ini kurang mendapat sambutan, hari ini kami sedang melalui fasa di mana leads semakin banyak dan permintaan meningkat sekitar 3 kali ganda. Bagi saya, ini baru permulaan untuk Tenaga Carpet Spa. Selepas ini, fokus saya adalah untuk terus memperkemaskan operasi, membina team yang lebih kuat dan memastikan setiap pertumbuhan yang berlaku dapat dikendalikan dengan lebih tersusun.
Insya-Allah, daripada servis cucian karpet di Kelantan, saya mahu membawa Tenaga Carpet Spa berkembang lebih jauh. Kadang-kadang kita tidak perlu tukar bisnes. Kita cuma perlu betulkan strategi yang membawa bisnes itu kepada pelanggan.
Kami sasarkan 1,000 bisnes capai RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?
Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!
