Nama saya Puan Ili Munirah, pengasas Kedai Emas Murni Mastika. Sebelum ini, antara cabaran yang saya hadapi ialah tak ada sistem yang baik bagaimana nak uruskan stok dengan lebih teratur yang menyebabkan rekod tak sama dengan stok. Situasi ini membuatkan kami kerugian dari segi masa untuk menyusun semula.
Saya sedar masalah ini tidak boleh diselesaikan berdasarkan emosi semata-mata. Saya perlu memperbaiki SOP kerja, meningkatkan membina sistem pemantauan stok yang lebih teratur. Melalui sesi coaching bersama FunnelEvo, saya mula melaksanakan audit stok setiap hari, untuk tracking stok dengan lebih baik.
Pada masa yang sama, pasaran Kedai Emas Murni Mastika sebelum ini agak terhad kerana banyak tertumpu kepada pelanggan di sekitar Jengka. Kami juga lebih banyak menawarkan barangan bajet yang mempunyai margin keuntungan lebih rendah.
Selepas mendapat bimbingan, saya mula mengembangkan pasaran ke luar Jengka dan menghasilkan kempen berdasarkan kehendak pelanggan. Kami turut memberi fokus kepada promosi sempena cuti umum serta strategi impulse buying.
Selain barangan kemas, kami mula memperkenalkan lebih banyak produk fesyen yang berpotensi memberikan margin keuntungan lebih baik.
Alhamdulillah, produk fesyen tersebut mendapat sambutan positif daripada pelanggan. Perubahan strategi ini turut membantu jualan bulanan meningkat sehingga 200% berbanding tahap biasa sebelum ini.
Perjalanan ini mengajar saya bahawa perkembangan bisnes bukan sekadar bergantung pada peningkatan jualan.
Founder juga perlu mempunyai sistem kawalan stok yang kukuh, pasukan yang berdisiplin dan strategi pasaran yang lebih luas supaya bisnes dapat berkembang dengan lebih sihat dan tersusun.
Kami sasarkan 1,000 bisnes capai RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?
Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!
