Dari Doktor Yang Burnout, Kini Berjaya Membina Bisnes Tanpa Bergantung Kepada Founder

Nama saya Shazif bin Othman, pengasas iLiv Clinic di bawah IFIT Global Sdn Bhd.
Sebelum berniaga, saya merupakan seorang pegawai perubatan di Top Glove Global Doctors dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Saya juga seorang Certified Fitness Trainer dan Certified HRD Corp Trainer.

Saya mula berniaga pada usia 37 tahun kerana mahu membantu pesakit melalui rawatan holistik yang memberi fokus kepada punca sebenar penyakit, bukan sekadar mengurangkan simptom. Daripada visi tersebut, lahirlah iLiv Clinic.

Perjalanan saya bukan terus bermula dengan kejayaan. Saya pernah melalui fasa perlu menanggung dua keluarga dengan pendapatan yang cukup-cukup makan. Saya juga pernah diturunkan daripada jawatan Chief Medical Officer dan terpaksa bekerja lebih masa sehingga mengalami burnout. Apabila memulakan iLiv Clinic, antara cabaran terbesar ialah memastikan kualiti rawatan kekal konsisten walaupun servis mula dikendalikan oleh doktor lain.

Pada masa yang sama, banyak keputusan dan operasi harian masih bergantung kepada saya dan isteri, Dr. Moon. Saya sedar bahawa menjadi doktor yang baik tidak semestinya menjadikan saya seorang founder atau CEO yang baik. Saya perlu belajar tentang kepimpinan, pengurusan pekerja, pemasaran, kewangan dan pembinaan sistem.

Saya menyertai pakej President FunnelEvo pada Februari 2026. Selepas menyertai FunnelEvo, perjalanan bisnes kami menjadi lebih sistematik. Saya mula belajar mengenal pasti punca sebenar masalah sebelum merancang strategi untuk menyelesaikannya. Saya turut mendapat panduan secara langsung apabila berdepan isu amaran dan sekatan akaun TikTok.

Namun, perubahan paling besar berlaku pada cara saya berfikir. Saya mula berubah daripada seorang doktor yang menguruskan klinik kepada seorang founder dan CEO yang memberi fokus kepada pengurusan, kepimpinan serta pengembangan syarikat.

Saya memahami bahawa tugas founder bukan melakukan semuanya sendiri, tetapi membina sistem, pasukan dan pemimpin yang boleh menggerakkan organisasi. Berdasarkan purata jualan bulanan, prestasi tahun 2025 meningkat sekitar 133% berbanding tempoh September hingga Disember 2024.

Bagi enam bulan pertama tahun 2026 pula, purata jualan bulanan meningkat sekitar 77% berbanding purata bulanan tahun sebelumnya. Lebih membanggakan, bisnes masih mampu mengekalkan prestasi yang baik walaupun tanpa penglibatan aktif saya dan Dr. Moon dalam operasi harian.

Saya juga dapat menunaikan ibadah Haji dan meluangkan masa bersama keluarga tanpa menjejaskan perjalanan bisnes. Kini, organisasi kami semakin lengkap dengan adanya Clinic Operation Manager. Banyak proses jualan telah diautomasi dan kami juga berjaya mengenal pasti Assistant Manager yang berpotensi untuk membantu menguruskan operasi cawangan.
Projek iLiv Longevity Centre di i-City Shah Alam pula telah mencapai tahap 85% siap.

Bagi saya, pencapaian sebenar bukan sekadar peningkatan jualan. Kejayaan yang lebih besar ialah apabila bisnes mampu terus berjalan tanpa bergantung sepenuhnya kepada founder.

Hari ini, saya masih seorang doktor yang mahu membantu pesakit mendapatkan kehidupan yang lebih sihat. Namun, saya sedar bahawa untuk membantu lebih ramai orang, saya tidak boleh melakukan semuanya seorang diri. Saya perlu membina organisasi yang mempunyai sistem, pasukan dan pemimpin yang berkualiti.

Pesanan saya kepada usahawan, ilmu digital bisnes sangat penting untuk memastikan perniagaan terus berkembang dan kekal relevan. Produk dan servis yang baik sahaja tidak mencukupi sekiranya kita tidak mempunyai strategi pemasaran, pengurusan dan sistem yang betul.

Walaupun perjalanan saya bersama FunnelEvo masih baharu, saya telah melihat perubahan besar pada diri, pasukan dan organisasi. Daripada sebuah bisnes yang banyak bergantung kepada founder, kami kini sedang membina syarikat yang lebih tersusun, sistematik dan bersedia untuk berkembang dengan lebih jauh.

Kami sasarkan 1,000 bisnes capai RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?

Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!