Nama saya Dr. Nurul Hakimah Maliza, pengasas Alia Medical Clinic. Sebelum menyertai Mastermind bersama FunnelEvo APEX Consulting, media sosial klinik kami masih belum digunakan secara aktif.
Page Alia Medical Clinic ketika itu hanya mempunyai sekitar 100 orang pengikut, manakala jualan bulanan pula masih berada di bawah RM100,000.
Selepas mendapat bimbingan, saya mula melihat bahawa untuk mengembangkan klinik, kami tidak boleh hanya menunggu pesakit datang.
Kami perlu lebih aktif membina kepercayaan dan mendekati pelanggan melalui media sosial. Saya bersama pasukan mula membuat sesi live secara konsisten pada waktu pagi dan petang. Saya juga mengambil tindakan untuk melantik seorang staf khas bagi menguruskan bahagian pemasaran supaya aktiviti promosi dapat dilakukan dengan lebih tersusun dan konsisten.
Alhamdulillah, hasilnya mula kelihatan. Daripada hanya sekitar 100 orang pengikut, page Alia Medical Clinic kini telah berkembang sehingga mencecah lebih 6,000 pengikut.
Jualan bulanan kami juga berjaya meningkat satu kali ganda. Bagi saya, perubahan ini bukan berlaku kerana satu video atau satu sesi live dengan strategi yang betul sahaja. Ia datang daripada tindakan yang konsisten, kerjasama pasukan dan keberanian untuk mula menggunakan media sosial sebagai salah satu saluran utama pertumbuhan bisnes.
Perjalanan kami masih panjang, tetapi hari ini saya semakin yakin bahawa apabila founder mempunyai strategi dan pasukan yang betul, bisnes boleh berkembang dengan lebih pantas dan tersusun.
Kami sasarkan 1,000 bisnes capai RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?
Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!
