Trademark, Copyright atau Patent? 3 Harta Intelek Yang Usahawan Perlu Tahu

Daftar harta intelek (IP) menjadi semakin penting dalam era AI kerana proses meniru jenama kini berlaku dengan sangat pantas. Bayangkan, rupa paras kita pun orang boleh diklon menggunakan AI dalam masa beberapa minit sahaja…

Tapi tahu tak apa yang lagi seram? Bila nama jenama yang kita bermatian-matian naikkan dekat TikTok, Shopee, dan buat marketing gempak-gempak, tiba-tiba kena ‘kebas’ dengan orang lain sebab kita lambat bertindak. Dalam era digital ni, kalau korang tak lindungi harta intelek (IP) sekarang, korang sebenarnya tengah bagi ‘peluang keemasan’ untuk orang lain kaut untung atas angin.

Jom kita tengok antara point penting yang dikongsikan oleh dua tetamu ini tentang kenapa korang wajib daftar IP sekarang juga!

Ramai usahawan masih menangguhkan daftar harta intelek (IP) kerana menganggap prosesnya mahal. Tapi mengikut penjelasan Puan Yusniza, skop perlindungan IP ni sebenarnya sangat luas!

1. Mengapa Daftar Harta Intelek Bukan Sekadar Logo

  • Wajah Sendiri Rupa-rupanya, rupa paras kita pun boleh di-trademark-kan asalkan mendapat consent (kebenaran) daripada tuan punya badan. Contoh klasik di Malaysia adalah minyak angin Mastika yang menggunakan wajah pengasasnya sejak era 60-an atau 70-an lagi.
  • Tandatangan & Nama Pengasas Jenama-jenama besar dunia (macam Louis Vuitton) bukan sahaja mendaftarkan nama, malah mendaftarkan tandatangan (signature) mereka sebagai sebahagian daripada strategi penjenamaan.
  • Bukan Setakat Satu Elemen Puan Yusniza memberi contoh botol minuman, atas satu botol sahaja, ada rupa reka bentuk luaran (industrial design), ada karya seni cetakan (copyright), dan ada fungsi teknologi penutup botol (patent). Jadi, usahawan kena bijak kenal pasti apa elemen dalam produk mereka yang perlu dilindungi.

2. IP Squarters Dan Hak Territorial: Lindungi Brand Sebelum Terlambat

Satu perkara menarik yang dikongsikan oleh Miss Diani daripada Monsta (yang kini sudah mempunyai hampir 500 permohonan IP di Malaysia) adalah tentang cabaran meluaskan pasaran ke luar negara.

  • IP Bersifat Territorial: Puan Yusniza menegaskan bahawa pendaftaran IP hanya tertakluk dan dilindungi di negara di mana anda mendaftarkannya. Kalau korang daftar kat Malaysia, perlindungan itu tidak automatik di Indonesia, Zimbabwe, atau negara lain.
  • Bahaya Squatters: Miss Diani menceritakan pengalaman di mana ada pihak tidak bertanggungjawab sengaja mendaftarkan jenama yang sudah terkenal di negara luar (dipanggil IP squatters atau penceroboh IP) semata-mata untuk menjual semula hak tersebut kepada pemilik asal dengan harga tinggi. Sebab itu, syarikat besar selalunya mendaftarkan IP mereka 2 ke 3 tahun lebih awal sebelum mengeksport produk mereka ke sesebuah negara.

3.Daftar Harta Intelek Untuk Lindungi Jenama Dalam Era AI

Dalam era teknologi kecerdasan buatan (AI) yang membolehkan wajah atau karya ditiru sepantas kilat, isu hak milik menjadi semakin rumit.

  • Undang-undang Global: Puan Yusniza menjelaskan bahawa undang-undang IP di seluruh dunia buat masa ini masih tidak mengiktiraf mesin atau AI sebagai pemilik sah IP.
  • Tindakan Pemilik Asal: Memandangkan IP adalah hak peribadi (private property), jika ada pihak menggunakan AI untuk mencipta kandungan yang terlalu mirip atau meniru bulat-bulat karya asal (contohnya meniru karakter BoBoiBoy), pemilik asal (seperti Monsta) perlu membawa kes tersebut ke mahkamah untuk tindakan undang-undang. Monsta juga sangat aktif memantau dan meminta platform digital seperti YouTube menurunkan (take down) kandungan-kandungan generatif AI yang melanggar hak cipta mereka bagi mengelakkan kemerosotan nilai jenama (brand damage).

4. Yuran Daftar IP Adalah Pelaburan, Bukan Kos Sia-Sia

Masih ramai usahawan mengeluh kata daftar IP ni mahal dan leceh. Tetapi tetamu podcast kali ini menukar persepsi tersebut daripada “kos” kepada satu pelaburan jangka panjang:

  • RM950 Untuk 10 Tahun: Puan Yusniza berkongsi bahawa sejak Akta Cap Dagangan dipinda pada tahun 2019, yuran pendaftaran utama yang dikenakan adalah RM950, dan perlindungan ini bertahan selama 10 tahun sebelum perlu diperbaharui. Bermakna, nilainya sangat berbaloi untuk ketenangan minda!
  • Bandingkan Kos Mahkamah: Miss Diani mengingatkan usahawan bahawa melabur sedikit wang untuk perlindungan awal jauh lebih murah berbanding menanggung kos perbicaraan mahkamah sekiranya berlaku pertikaian atau saman di kemudian hari.
  • Ibarat Lesen Memandu: Puan Yusniza membuat analogi yang sangat mudah, ia seperti memandu kereta tanpa lesen. Anda mungkin boleh memandu bertahun-tahun tanpa ditangkap. Tapi bayangkan jika berlaku kemalangan dan melanggar orang, hukuman dan implikasi undang-undangnya sangat besar. Begitulah juga dengan menjalankan bisnes tanpa mendaftarkan IP.

Jangan tunggu jenama dicuri. Daftar Harta Intelek (IP) seawal mungkin untuk melindungi aset bisnes anda. bak kata pepatah, “jangan sudah terhantuk baru nak tengadah”. Daftarlah IP perniagaan anda dari peringkat awal demi kelangsungan dan nilai komersial jangka panjang perniagaan anda.

MyIPO kini turut menyediakan aplikasi IP2U untuk memudahkan usahawan membuat carian awal secara percuma sebelum mendaftar. Tiada lagi alasan untuk tidak celik IP!

Nak tahu lebih lanjut tentang cara melindungi jenama, harta intelek (IP) dan strategi membina aset bisnes?

Tonton episod penuh: Jangan Tunggu Brand Kena Ambil Orang, Ini Sebab Founder Wajib Daftar Harta Intelek | MyIPO

Ada founder, CEO atau usahawan yang anda mahu kami jemput ke BuatSaja Podcast? Tinggalkan cadangan anda di ruangan komen atau hantar pencalonan tetamu kepada kami. Mungkin cadangan anda akan menjadi inspirasi untuk episod yang seterusnya.

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!