Nama saya Nor Rosmani Mohd Noor, founder kepada Kedai Emas HR. Sebelum ini, antara cabaran besar dalam bisnes saya adalah lambakan stok barang kemas. Ada stok yang bergerak terlalu perlahan dan mengambil masa lama untuk terjual.
Sebagai founder, bila stok banyak tersangkut, cashflow pun mula rasa ketat. Modal sudah keluar, tapi stok belum bertukar semula jadi jualan.
Selepas saya sertai Mastermind di FunnelEvo APEX Consulting, saya mula nampak bahawa masalah ini bukan semata-mata pada produk. Kadang-kadang produk ada, demand ada, cuma cara kita menjual dan memperkenalkan produk itu perlu diperbaiki.
Salah satu tindakan yang saya ambil adalah hire seorang staf baru sebagai live host.
Alhamdulillah, baru seminggu masuk kerja, staf tersebut terus mula buat live. Hasilnya sangat mengejutkan. Dalam tempoh seminggu sahaja, stok-stok lama yang sebelum ini bergerak perlahan berjaya habis terjual melalui live.
Dulu, modal saya banyak tersangkut pada stok yang tidak bergerak.
Saya sedar masalahnya bukan produk, tetapi strategi jualan. Saya mula ambil tindakan dengan melantik live host dan fokus kepada jualan melalui live.
Dalam masa seminggu sahaja, stok lama berjaya habis terjual.
Daripada situ saya belajar, bisnes bukan hanya tentang modal besar, tetapi tentang strategi yang betul, ilmu yang tepat dan orang yang sesuai. Kadang-kadang satu tindakan berani mampu mengubah hala tuju bisnes dengan lebih cepat.
Sekarang saya lebih yakin untuk terus gunakan live sebagai salah satu channel jualan utama Kedai Emas HR.
Saya percaya, bila founder terbuka untuk belajar dan berani ambil tindakan, bisnes boleh berubah lebih cepat daripada yang kita sangka.
Kami sasarkan 1,000 bisnes capai RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?
Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!
