FunnelEvo terus melakar satu lagi pencapaian penting apabila ekosistem yang dibinanya kini diperkukuhkan melalui empat kolaborasi strategik bersama agensi kerajaan, institusi pendidikan, jenama nasional dan platform kandungan digital.
Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU), Perjanjian Pelesenan Kandungan serta Surat Hasrat (Letter of Intent) yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi menjadi simbol kepada komitmen FunnelEvo dan BuatSaja Media dalam membina jaringan yang mampu memberi impak lebih besar kepada industri, usahawan dan masyarakat.
Apa yang bermula sebagai sebuah syarikat yang membantu usahawan membina sistem dan mengembangkan perniagaan, kini berkembang menjadi sebuah ekosistem yang menghubungkan dunia perniagaan, media, pendidikan dan pembangunan negara melalui kolaborasi yang strategik.

BuatSaja Media Dilantik Sebagai Rakan Media Strategik Visit Malaysia 2026
Kemuncak majlis menyaksikan BuatSaja Media secara rasmi dilantik sebagai Rakan Media Strategik Visit Malaysia 2026, sekali gus menjadi antara platform media digital yang akan membantu memperluaskan kempen pelancongan negara.
Kerjasama ini dimeterai bersama Tourism Malaysia yang diwakili oleh Encik Mohd Akbal Bin Setia, Pengarah Kanan Bahagian Pengiklanan & Digital Tourism Malaysia merangkap Ketua Sekretariat Visit Malaysia 2026.
Melalui kerjasama ini, BuatSaja Media akan membawa kisah Malaysia kepada khalayak yang lebih luas menerusi kandungan digital dan podcast yang mengetengahkan keunikan pelancongan, budaya, makanan, komuniti serta pengalaman sebenar rakyat Malaysia.
Pelantikan ini membuktikan bahawa kandungan digital bukan lagi sekadar medium pemasaran, tetapi menjadi platform penting dalam menyokong agenda nasional serta memperkenalkan Malaysia kepada dunia.

FunnelEvo dan UKM Teroka Kerjasama Industri-Akademia
Dalam usaha memperkukuh hubungan antara dunia industri dan akademik, FunnelEvo turut menandatangani Surat Hasrat (Letter of Intent) bersama Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Majlis tersebut disaksikan oleh Prof. Dr. Muhamad Azlan Shah Zaidi, Dekan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan UKM.
Surat Hasrat ini menjadi langkah awal untuk meneroka pelbagai bentuk kerjasama strategik pada masa hadapan, termasuk pembangunan bakat, perkongsian kepakaran, penyelidikan, inovasi serta inisiatif yang mampu memberi manfaat kepada mahasiswa dan industri.
Kolaborasi ini turut mencerminkan kepentingan hubungan antara institusi pendidikan dan industri dalam melahirkan generasi usahawan serta pemimpin masa hadapan.

BuatSaja Media dan al-ikhsan SPORTS Jalin Kerjasama Strategik
Majlis turut menyaksikan BuatSaja Media dan al-ikhsan SPORTS memeterai kerjasama strategik yang bakal membuka ruang kepada penghasilan kandungan yang lebih inspiratif.
al-ikhsan SPORTS diwakili oleh Encik Shahril Bin Ahmad, Executive Corporate Social Responsibility.
Kolaborasi ini memberi fokus kepada pembangunan kandungan yang menghubungkan dunia sukan, gaya hidup sihat serta semangat rakyat Malaysia.
Gabungan kekuatan media digital dan jenama sukan tempatan ini dijangka menghasilkan lebih banyak kandungan yang bukan sahaja menghiburkan, malah memberi inspirasi kepada masyarakat.

Kerjasama Bersama Durioo Perluas Kandungan Berkualiti
Selain itu, BuatSaja Media turut memeterai Perjanjian Pelesenan Kandungan Strategik bersama Durioo Sdn. Bhd.
Durioo diwakili oleh Cik Puan Nur Alya Balqis Binti Kusnizam, Content Acquisitions.
Kerjasama ini membuka peluang kepada kedua-dua pihak untuk memperluaskan kandungan yang berkualiti, bermakna dan memberi nilai kepada lebih ramai penonton.
Melalui gabungan kepakaran BuatSaja Media dalam penghasilan kandungan digital serta pengalaman Durioo dalam industri penstriman kandungan keluarga, kolaborasi ini dijangka melahirkan lebih banyak kandungan yang memberi manfaat kepada masyarakat.
Membina Ekosistem Yang Lebih Besar Daripada Sebuah Syarikat
Empat kolaborasi strategik yang dimeterai pada hari yang sama membuktikan bahawa FunnelEvo kini bukan lagi sekadar sebuah syarikat konsultasi perniagaan.
Hari ini, FunnelEvo berkembang sebagai sebuah ekosistem yang menghubungkan usahawan, organisasi, agensi kerajaan, institusi pendidikan, jenama nasional dan rakan kandungan melalui kekuatan media digital serta jaringan strategik.
BuatSaja Media, yang berada di bawah ekosistem FunnelEvo, turut memainkan peranan penting dalam memperkukuh misi ini dengan menghasilkan kandungan yang autentik, dekat dengan masyarakat dan mampu memberi impak kepada jutaan penonton.
Melangkah Ke Arah Impak Nasional
Pemeteraian kerjasama bersama Visit Malaysia 2026, al-ikhsan SPORTS, Durioo dan Universiti Kebangsaan Malaysia menjadi satu lagi bukti bahawa FunnelEvo dan BuatSaja Media terus mendapat kepercayaan daripada pelbagai pihak untuk membina projek-projek yang memberi nilai kepada masyarakat.
Dengan gabungan kepakaran dalam pembangunan usahawan, media digital, strategi kandungan dan kolaborasi rentas industri, FunnelEvo komited untuk terus membina lebih banyak jaringan strategik yang mampu mencipta peluang baharu kepada usahawan, organisasi dan negara.
Kerana bagi FunnelEvo, kejayaan bukan sekadar membina syarikat yang lebih besar, tetapi membina sebuah ekosistem yang menghubungkan idea, industri dan manusia untuk menghasilkan impak yang berkekalan.
