Klinik Pergigian Ini Sudah Ada 5 Cawangan, Tapi Founder Tetap Pilih Untuk Susun Semula Bisnes

Nama saya Dr. Sharlindah Md Kassim, founder kepada Klinik Pergigian Sharlindah Sdn Bhd. Sebelum mula berniaga, saya bekerja sebagai Pegawai Pergigian di KKM selama 10 tahun. Pada tahun 2012, ketika berumur 35 tahun, saya mula membuka klinik sendiri kerana mahu bekerja dengan cara saya sendiri, membina praktis mengikut nilai yang saya percaya, dan dalam masa yang sama memberi peluang pekerjaan kepada orang lain.

Perjalanan ini bermula dengan pengalaman sebagai doktor gigi, pengalaman locum, dan pengalaman bekerja di KKM. Tetapi bila masuk ke dunia bisnes, saya sedar kemahiran klinikal sahaja tidak cukup.

Antara cabaran terbesar saya ketika mula berniaga adalah tiada mentor untuk dirujuk, terutama dalam bahagian pengurusan bisnes, akaun, cash flow, marketing dan pengurusan team. Saya tahu cara merawat pesakit, tetapi untuk mengurus syarikat, membuka cawangan, membaca nombor bisnes, menyusun staf dan merancang kewangan, itu semua memerlukan ilmu yang berbeza.

Risiko terbesar yang pernah saya ambil adalah apabila membuat keputusan membuka cawangan tanpa perancangan kewangan yang cukup tepat. Keputusan itu memberi kesan kepada cash flow syarikat. Pada awal bisnes, pemasaran banyak dibuat secara offline seperti signage dan flyer. Kemudian mula masuk ke online melalui Facebook. Produk pertama yang saya jual pula adalah produk oral care.

Selepas menyertai FunnelEvo APEX Consulting dalam pakej PRESIDENT, saya mula nampak bisnes ini dengan lebih jelas sebagai sebuah syarikat, bukan sekadar klinik. Team lebih faham planning syarikat kerana mereka juga mendapat latihan bersama. Perancangan marketing jadi lebih tersusun. SOP laporan marketing dan sales juga diperbaiki supaya data lebih mudah difahami dan boleh memberi impak kepada jualan syarikat.

Sebelum ini, laporan hanya dilihat dari sudut leads. Sekarang sistem laporan diubah kepada jumlah sales yang berjaya closed daripada leads yang masuk. Dari situ, kami lebih jelas mana marketing yang berkesan, mana follow up yang perlu diperbaiki, dan apa tindakan yang perlu dibuat.

Kami juga mula menyusun semula carta organisasi mengikut level dan fungsi. Staf disusun semula mengikut skill. JD dan KPI ditetapkan dengan lebih sesuai. Morning briefing dibuat untuk semua cawangan supaya gerak kerja lebih selaras. Dari sudut kewangan, cash flow mula disusun mengikut peratus yang diperuntukkan supaya syarikat tidak overspend. Bayaran supplier overdue juga mula diatur semula. Saya juga mula faham magic number bisnes dan bagaimana nombor itu membantu dalam membuat keputusan.

Hari ini, Klinik Pergigian Sharlindah mempunyai 5 cawangan. Pada tahun 2025, sales syarikat mencatatkan peningkatan sebanyak 4.67% berbanding tahun 2024. Setakat Januari hingga Jun 2026 pula, bisnes terus bergerak dengan lebih tersusun hasil penambahbaikan pada marketing, sales, laporan, cash flow dan pengurusan team.

Perubahan paling besar selepas bersama FunnelEvo bukan hanya pada nombor jualan, tetapi pada cara saya melihat bisnes. Marketing, sales, branding, team, laporan, SOP dan cash flow semuanya menjadi lebih jelas, tersusun dan mudah dipantau.

Kami sasarkan 1,000 bisnes capai RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?

Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!