Saya Hampir Putus Asa Dengan Sales Yang Tak Pernah Berubah

Nama saya Dr. Farah, founder AF MedicPro. Saya telah mengusahakan bisnes ini selama hampir 5 tahun. Sepanjang tempoh itu, saya mencuba pelbagai cara untuk meningkatkan jualan. Marketing saya buat, promosi saya jalankan, tetapi satu cabaran yang berulang ialah sales masih berada pada tahap yang sama.

Bulan demi bulan, angka jualan tidak banyak berubah. Lama-kelamaan saya mula rasa penat dan kecewa. Saya sering tertanya-tanya, apa lagi yang belum saya buat? Saya sudah berusaha bersungguh-sungguh, tetapi hasilnya masih tidak seperti yang diharapkan.

Sehinggalah saya menyertai bimbingan di Mastermind di FunnelEvo. APEX Consulting. Di situlah saya mula sedar bahawa masalah dalam bisnes saya bukan sekadar soal marketing. Saya belajar melihat semula bisnes secara lebih menyeluruh daripada proses jualan, operasi, pengurusan pasukan sehinggalah kepada sistem yang menyokong pertumbuhan bisnes.

Alhamdulillah, bermula Disember 2025, sales AF MedicPro mula menunjukkan peningkatan yang konsisten. Dalam beberapa bulan, jualan terus meningkat sehingga melebihi dua kali ganda berbanding sebelumnya. Kemuncaknya pada April 2026, AF MedicPro berjaya mencatat rekod jualan tertinggi sejak ditubuhkan, dengan peningkatan sekitar 300% hingga 400% berbanding sebelum saya menyertai bimbingan.

Namun bagi saya, pencapaian terbesar bukanlah angka itu sendiri. Paling saya syukuri ialah saya akhirnya dapat keluar daripada operasi harian bisnes. Walaupun saya tidak berada di klinik setiap masa, pasukan dan sistem yang dibina membolehkan operasi terus berjalan dengan lancar tanpa bergantung sepenuhnya kepada saya.

Hari ini saya sedar, bisnes bukan semata-mata memerlukan founder yang bekerja lebih kuat. Bisnes memerlukan sistem yang betul supaya setiap usaha yang dilakukan benar-benar menghasilkan pertumbuhan.

Alhamdulillah, daripada hampir berputus asa dengan sales yang statik bertahun-tahun, kini saya lebih yakin untuk membawa AF MedicPro ke fasa yang lebih besar.

Kami sasarkan 1,000 bisnes capai RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?

Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!