Nama saya Puan Afinopita, founder kepada De’Gemilang Catering & Bridal Sdn Bhd. Sebelum ini, antara cabaran paling besar dalam bisnes saya adalah kekurangan manpower. Bila team tidak cukup, banyak benda akhirnya jatuh semula kepada saya sebagai founder.
Saya perlu urus pelanggan.
Saya perlu layan appointment.
Saya perlu semak kerja team.
Saya perlu pastikan persiapan event berjalan.
Saya juga perlu fikir tentang operasi harian bisnes.
Lama-kelamaan, saya mula rasa terlalu penat. Bisnes berjalan, pelanggan ada, event ada, tetapi dalam masa yang sama saya rasa seperti semua perkara perlu saya pegang sendiri.
Sampai satu tahap, saya mula rasa burnout dan overload dengan kerja yang terlalu banyak.
Selepas menyertai coaching bersama FunnelEvo, saya mula nampak bahawa masalah utama bukan semata-mata kekurangan orang. Masalah sebenar adalah gerak kerja yang belum cukup tersusun.
Dalam coaching, saya dibimbing untuk melihat semula struktur team, mencari staff yang tepat, membahagikan tugasan dengan lebih jelas, serta menyusun KPI dan SOP kerja mengikut flow yang lebih kemas.
Saya mula faham, kalau mahu bisnes bergerak lebih lancar, founder tidak boleh buat semua benda seorang diri.
Team perlu tahu peranan masing-masing.
Kerja perlu ada susunan.
SOP perlu jelas.
KPI perlu ditetapkan supaya semua orang tahu apa yang perlu dicapai.
Alhamdulillah, antara perubahan besar yang berlaku selepas itu adalah staff lama saya kembali masuk bekerja.
Kami mula susun semula gerakan bersama. Sebelum ini dia sebagai admin, dan sekarang dia juga masih di posisi yang sama tetapi kerja dia lebih cekap, walaupun belum diiktiraf sebagai manager namun bahagian event dan uruskan kerja staff semua diuruskan seperti seorang manager.
Dengan adanya bantuan ini, kerja saya mula jadi lebih tersusun. Saya tidak lagi perlu pegang semua perkara seorang diri seperti sebelum ini. Paling saya syukur, walaupun team masih belum cukup sepenuhnya, kami berjaya menguruskan beberapa event dalam minggu yang sama dengan baik.
Alhamdulillah, event berjalan lancar dan pelanggan juga berpuas hati. Bagi saya, ini satu kelegaan yang sangat besar. Sebelum ini, saya rasa terlalu penuh dengan kerja. Sekarang, saya mula rasa lebih tenang. Saya boleh bernafas dengan lebih lega kerana banyak kerja sudah mula ada susunan dan ada orang yang membantu.
Saya bersyukur sangat kerana melalui bimbingan ini, saya bukan sahaja belajar tentang cara mencari staff, tetapi saya juga belajar bagaimana untuk menyusun bisnes supaya tidak terlalu bergantung kepada saya seorang.
Sebagai founder, saya sedar satu perkara. Bisnes yang mahu berkembang tidak boleh hanya bergantung kepada tenaga kita seorang.
Kita perlukan team yang tepat.
Kita perlukan SOP yang jelas.
Kita perlukan KPI yang tersusun.
Dan kita perlukan ilmu untuk bina bisnes yang lebih stabil. Hari ini, saya lebih yakin untuk terus susun De’Gemilang Catering & Bridal supaya bisnes ini bukan sekadar berjalan, tetapi mampu berkembang dengan lebih teratur.
Kami sasarkan 1,000 bisnes capai RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?
Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!
