“Sebelum ni saya hanya tunggu pelanggan datang, sekarang, saya cipta sebab untuk mereka datang.”

Dulu, saya fikir bisnes tadika ni cukup dengan buat banner, tampal sana-sini, tunggu orang datang daftar. Sejak mula tahun 2016, itulah rutin saya selama 9 tahun. Marketing saya simple banner, bunting, dan harapan. Bila ada yang datang tanya, saya sendiri akan jawab semua pertanyaan, urus marketing, closing, dan kadang sampai lewat malam pun masih layan mesej ibu bapa.

Saya tak pernah buat event besar. Tak tahu pun macam mana nak mula. Tapi jauh dalam hati, saya tahu bisnes ni boleh pergi lebih jauh cuma saya tak ada sistem dan panduan yang betul.

Semuanya berubah bila saya sertai MASTERMIND FunnelEvo. Saya mula faham struktur sebenar marketing dan sales bukan sekadar tunggu pelanggan datang, tapi kena “jemput” mereka dengan cara yang tersusun.

Saya mula serah tanggungjawab menjawab WhatsApp kepada team khususnya guru yang mengajar sebab mereka lebih faham apa yang anak-anak bakal belajar di tadika kami. Bila parents tanya, mereka jawab dengan penuh yakin dan kasih sayang. Rupanya, itu yang pelanggan nak dengar.

Saya juga mula berani run Ads berbayar Facebook dan TikTok Ads. Dulu saya takut nak spend, tapi kali ini saya nekad. Hasilnya luar biasa. Leads yang masuk mencecah lebih 50 orang, dan daripada situ 20 hadir ke event pertama kami. Ya, event pertama!

Messy Play sesuatu event yang saya tak pernah bayangkan akan buat sebelum ni. Dan bila event itu berjaya, saya tak berhenti di situ. Kami teruskan selama 3 bulan berturut-turut di dua cawangan, dan November 2025 nanti, kami akan adakan Open Day Mega.

Feedback daripada ibu bapa? Luar biasa. Mereka seronok, kagum dengan aktiviti yang kami buat, malah ada yang minta supaya event macam ni diadakan lagi.

Saya juga mula wujudkan sistem komisyen untuk team. Siapa yang berjaya close, akan dapat reward. Semangat mereka berubah, semua mula berlumba nak capai target. Saya nampak perubahan besar dalam tenaga dan budaya kerja kami.

Hari ini, saya bukan lagi “one man show”. Saya belajar untuk mempercayai team, membina sistem, dan meletakkan diri saya sebagai pemimpin bukan lagi sekadar operator.

Perjalanan ni bukan mudah, tapi sangat berbaloi. Dan saya percaya, ini baru permulaan.

Kami sasarkan 1,000 bisnes capai RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?

Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!