Database Lama Yang Senyap, Rupanya Masih Boleh Jadi Duit Bila Strategi Betul

Saya Mohamad Firdaus Hakimi bin Mohamad Nordin, dari Nedhaq Travel and Tours Sdn Bhd. Bisnes kami bergerak dalam industri travel, khususnya pakej Haji dan Umrah. Sebelum ini, kami sebenarnya sudah ada database pelanggan dan prospek lama. Tapi macam ramai founder lain juga, database itu ada, cuma belum digunakan dengan strategi yang betul.

Kadang-kadang kita terlalu fokus cari prospek baru. Sampai terlupa bahawa dalam database lama, masih ada orang yang pernah berminat, pernah bertanya, pernah kenal brand kita, cuma belum sampai masa untuk membeli. Selepas baru beberapa minggu menyertai program Mastermind FunnelEvo, kelas pertama yang saya hadir ialah Advance Marketing Mastery 4 atau AMM 4.

Dalam kelas itu, saya mula nampak satu perkara penting. Marketing bukan sekadar buat iklan. Marketing juga tentang bagaimana kita susun kempen, gunakan database, bina momentum dan buat launching dengan cara yang lebih terancang. Hasil daripada teknik launching yang dipelajari dalam kelas AMM 4, saya mula gunakan semula database sedia ada.

Kami merancang untuk mengadakan promosi sempena grand opening ofis Nedhaq Travel and Tours. Jadi, saya mula maklumkan kepada pelanggan dan prospek lama tentang promosi tersebut menggunakan sistem KUASA. Bila mesej mula dihantar dengan susunan yang lebih jelas, respons mula datang. Dan alhamdulillah, daripada database lama itu, kami berjaya close satu prospek lama untuk mengambil pakej Haji dan Umrah.

Bagi kami, ini satu permulaan yang sangat bermakna. Sebab baru beberapa minggu join Mastermind, ilmu yang dipelajari terus boleh digunakan dalam bisnes sebenar. Lebih penting, kami mula sedar bahawa database lama bukan sekadar senarai nombor telefon. Database lama ialah aset bisnes. Bila digunakan dengan strategi yang betul, prospek yang lama senyap pun boleh kembali menjadi peluang jualan.

Apa yang saya belajar daripada pengalaman ini? Kadang-kadang sales baru bukan datang daripada orang baru. Ia boleh datang daripada orang lama yang kita follow up semula dengan mesej, timing dan offer yang betul. Dengan bimbingan FunnelEvo di Mastermind, saya lebih jelas bagaimana untuk buat launching, aktifkan database dan susun promosi dengan lebih strategik.

Ini baru langkah awal tapi ia sudah cukup untuk buka mata bahawa bila ilmu terus dibuat, hasil boleh mula nampak walaupun dalam masa yang singkat.

Kami sasarkan 1,000 bisnes capai RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?

Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!