Dari Rumah Pengantin Ke Glass Hall Kini Urus Bisnes Perkahwinan!

Saya Khairuddin Bin Ahmad founder Izan Amir Bridal yang beroperasi di Kota Tinggi, Johor. Saya bukan datang daripada keluarga bisnes yang semuanya sudah tersusun. Saya bermula sebagai seorang pelajar biasa. Dalam kelas, saya bukan orang yang paling pandai. Bukan jenis yang orang pandang dan kata, “Budak ni masa depan cerah.” Tapi dalam diri saya, dari awal lagi saya tahu satu benda. Saya tak boleh duduk diam.

Saya mula berniaga sejak umur 19 atau 20 tahun. Masa orang lain masih fikir nak habiskan belajar, saya sudah mula cari jalan untuk buat duit sendiri. Selepas itu, saya mula masuk ke dunia photography. Saya jadi photographer untuk majlis perkahwinan. Servis pertama saya bukan di studio besar. Bukan di event mewah. Saya pasarkan servis saya di rumah-rumah pengantin.

Dalam bisnes ini bukan semua benda akan jadi cantik dari awal. Kadang-kadang pengalaman yang paling pahit itulah yang mengajar kita untuk jadi lebih teliti, lebih matang dan lebih bertanggungjawab. Cabaran paling besar dalam hidup saya bukan sekadar nak berniaga. Cabaran paling besar adalah nak memulakan perniagaan.

Sebab bila kita mula, semuanya nampak susah. Modal tak cukup. Ilmu tak cukup. Pengalaman tak cukup. Orang belum kenal kita. Pelanggan belum percaya. Kita sendiri pun kadang-kadang belum yakin dengan diri sendiri. Tapi saya teruskan juga.

Daripada photography, saya mula berkembang dalam dunia perkahwinan. Sedikit demi sedikit, saya bina nama IZAN AMIR BRIDAL. Daripada ambil gambar, saya masuk kepada servis perkahwinan dan event hall. Namun dalam bisnes, bila sales mula naik, cabaran lain pula datang.

Dulu, kami tak ada pengurusan staf dan pentadbiran yang betul-betul terurus. Banyak perkara dibuat ikut keadaan. Ada masa kita rasa sibuk, tapi belum tentu sistematik. Ada masa sales masuk, tapi pengurusan kewangan belum cukup kemas. Ada staf, tapi struktur kerja belum betul-betul jelas.

Saya mula sedar, kalau bisnes nak pergi lebih jauh, tak cukup sekadar pandai buat kerja. Bisnes kena ada sistem. Salah satu risiko terbesar yang pernah saya ambil adalah apabila saya habiskan semua duit untuk membina Kota Glasshall. Itu bukan keputusan kecil.
Bila kita letak semua duit ke dalam satu projek besar, dalam kepala memang macam-macam bermain.

“Kalau tak jadi macam mana?”
“Kalau pelanggan tak datang macam mana?”
“Kalau duit tak berpusing balik macam mana?”

Tapi dalam bisnes, ada masa kita kena berani buat keputusan besar. Bukan sebab kita suka ambil risiko membuta tuli, tapi sebab kita percaya pada potensi yang kita sedang bina. Selepas sertai FunnelEvo, saya mula nampak bisnes dari sudut yang berbeza. Sebelum ini, saya fikir yang penting pelanggan ada, majlis jalan, duit masuk.

Tapi rupanya untuk grow, kita kena faham pengurusan. Kena faham kewangan. Kena faham staf. Kena faham pentadbiran. Kena faham bagaimana nak susun syarikat supaya tidak terlalu bergantung kepada kita seorang sahaja. Alhamdulillah, selepas belajar, banyak perubahan berlaku.

Sales mula ada peningkatan. Pengurusan kewangan jadi lebih jelas. Staff mula lebih tersusun. Pentadbiran syarikat mula bergerak ke arah yang lebih kemas dan profesional. Bukan semuanya berubah dalam satu malam. Tapi bila kita ada ilmu, kita mula nampak mana yang rosak, mana yang bocor, mana yang perlu diperbaiki dan mana yang boleh dikembangkan.

Ia adalah bukti perjalanan. Bukti bahawa orang yang pernah rasa “belajar tak pandai” pun boleh bina sesuatu, asalkan dia mahu belajar, mahu bergerak dan mahu berubah. Hari ini, saya percaya usahawan tidak boleh berniaga dengan cara lama semata-mata.
Dunia sudah berubah.

Sekarang semuanya bergerak dengan digital, teknologi dan AI. Kalau kita tidak ada ilmu, macam mana kita nak grow? Kalau kita tak belajar benda baru, macam mana bisnes kita nak kekal relevan? Lebih-lebih lagi bila kita semakin berumur. Kita tak boleh bergantung kepada tenaga sahaja. Kita kena tambah ilmu. Kita kena belajar sistem. Kita kena faham digital. Kita kena gunakan teknologi untuk bantu bisnes bergerak lebih laju dan lebih tersusun.

Kami nak bantu usahawan scale bisnes ke level yang lebih besar.

Target kami jelas 1,000 bisnes capai RM1 juta pada tahun 2026.

Tapi soalan penting sekarang…

Bisnes anda, ada dalam list tu atau masih sekadar “cukup-cukup makan”?

Kalau anda serius nak grow, kami nak offer sesuatu yang kami panggil Business Review Session sesi khas untuk kenal pasti:

• Kenapa sales anda stuck
• Apa yang bocor dalam funnel bisnes
• Dan apa strategi paling cepat untuk naikkan revenue

Sesi ini PERCUMA untuk usahawan terpilih yang serius nak scale.

Kami bukan sekadar bagi nasihat kami bantu anda nampak “next move” yang jelas untuk capai RM1 juta pertama, dan seterusnya ke RM10 juta.

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!