Nama saya Puan Aishah, founder kepada KTM Pizza yang terletak di Taiping. Hari ini saya nak kongsikan satu berita yang sangat bermakna dalam perjalanan bisnes saya. Alhamdulillah, saya baru sahaja menerima kunci kedai untuk perancangan pembukaan cawangan kedua KTM Pizza yang berlokasi di Simpang, Taiping.
Bagi saya, ini bukan sekadar terima kunci kedai. Ini adalah satu tanda bahawa perjalanan yang selama ini penuh dengan cabaran, tekanan dan ujian akhirnya mula membuka satu pintu baru. Sebelum sampai ke tahap ini, banyak perkara yang saya lalui dalam bisnes. Saya pernah melalui fasa yang sangat mencabar.
Sampai satu masa, saya rasa terlalu banyak perkara berada di atas bahu saya sendiri. Bila berniaga, orang luar mungkin nampak kita ada kedai, ada jualan, ada pelanggan. Tapi hanya founder yang tahu betapa beratnya nak pastikan bisnes itu terus berjalan setiap hari. Namun saya bersyukur kerana sepanjang perjalanan ini, saya belajar satu perkara penting. Bisnes tidak boleh bergantung kepada semangat semata-mata.
Bisnes perlu ada sistem. Perlu ada pasukan. Perlu ada bimbingan. Perlu ada keberanian untuk berubah. Sedikit demi sedikit, saya mula belajar menyusun semula cara saya mengurus bisnes. Daripada buat semuanya sendiri, saya mula belajar membina sistem. Daripada hanya fikir untuk bertahan, saya mula belajar fikir untuk berkembang. Daripada hanya fokus kepada operasi harian, saya mula melihat KTM Pizza sebagai satu jenama yang boleh pergi lebih jauh.
Dan hari ini, bila saya pegang kunci kedai baru ini, saya rasa sangat sebak. Premis baru ini mempunyai 2 tingkat. Buat masa ini, kedai masih dalam proses perancangan renovation dan interior design (ID) sebelum boleh mula beroperasi sepenuhnya. Masih banyak perkara yang perlu disusun. Masih banyak kerja yang perlu dibuat. Masih banyak keputusan yang perlu diambil.
Tapi kali ini, saya melangkah dengan hati yang lebih kuat dan arah yang lebih jelas. Bagi saya, cawangan kedua ini bukan sekadar simbol perkembangan bisnes. Ia adalah simbol keberanian untuk percaya bahawa bisnes kecil juga boleh membesar apabila kita sanggup belajar, berubah dan dibimbing.
Semoga KTM Pizza terus diberi ruang untuk berkembang dan memberi manfaat kepada lebih ramai pelanggan. Kadang-kadang, kejayaan bukan datang dalam bentuk yang terlalu besar pada awalnya. Kadang-kadang ia bermula dengan satu kunci kedai. Satu keputusan berani. Dan satu doa yang tidak pernah berhenti. Doakan perjalanan KTM Pizza. Semoga cawangan kedua ini menjadi pintu rezeki yang lebih luas untuk saya, pasukan dan semua yang terlibat dalam perjalanan ini.
Kami sasarkan 1,000 bisnes capai RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?
Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!
