Perkenalkan, saya Mohammad Aizat atau dikenali sebagai Cikgu Aizat, pengasas iFAST Online Tuition. Kalau anda kenal saya hari ini sebagai seorang pendidik, founder, dan seseorang yang sedang membina jenama pendidikan.
Pada umur 28 tahun, saya ambil keputusan besar keluar daripada dunia kerja dan masuk ke dunia bisnes. Dan di sinilah saya buat silap besar. Saya terlalu yakin pada satu model bisnes. Saya berhenti kerja tanpa backup plan. Waktu itu isteri saya sedang sarat mengandung.
Saya letakkan sepenuh harapan bahawa bisnes itu akan berjaya. Tetapi realitinya… gagal sepenuhnya. Pendapatan terhenti. Tekanan kewangan datang bertalu-talu. Saya keluarkan simpanan namun masih tak cukup. Saya keluarkan duit KWSP tetapi masih tak cukup. Saya terpaksa pinjam daripada ibu bapa. Paling berat apabila surat tuntutan hutang sampai ke rumah keluarga.
Dan sejak hari itu, ibu bapa saya jadi trauma setiap kali telefon nombor tak dikenali masuk atau ada surat rasmi sampai ke rumah. Itu luka yang sampai hari ini saya tak lupa.
Perjalanan saya bukan terus jumpa iFAST. Saya cuba macam-macam. Sampailah akhirnya saya jumpa satu bidang yang benar-benar dekat dengan jiwa saya iaitu pendidikan.
Saya mula dari rumah sahaja. Saya mengajar secara personal. Pergi rumah ke rumah. Kemudian apabila PKP datang, semuanya berubah. Kelas fizikal terhenti. Saya terpaksa pivot ke online. Dan tanpa saya sangka…Apa yang saya anggap krisis, rupanya pintu besar untuk growth. Lahirnya iFAST Online Tuition.
INI 3 PERUBAHAN BESAR YANG UBAH GAME BISNES SAYA
1. Saya Berhenti Tunggu Saya Mula Bermain Strategi
Dulu saya berniaga macam ramai founder. Tunggu customer datang. Harap referral. Buat marketing bila ada masa. Tetapi saya belajar: Bisnes tak grow dengan harapan. Bisnes grow dengan strategy. Selepas dibimbing, saya mula berani run ads. Saya mula faham funnel.
Saya mula nampak cara tarik pelanggan secara lebih konsisten. Kesilapan ramai founder bergantung pada nasib dan organic semata-mata.
2. Saya Ubah Model Bisnes Dari Bermusim Kepada Konsisten
Dulu pendapatan saya sangat bergantung pada musim cuti sekolah. Kalau musim ada hasil ada. Kalau tak momentum jatuh. Itu sangat risky. Hari ini model bisnes kami berubah.
Ada kelas mingguan.
Ada recurring income.
Program cuti sekolah diperkuatkan dengan lebih banyak subjek. Dalam tempoh setahun, bisnes mencatat pertumbuhan hampir 50%, dan sasaran besar yang dulu nampak jauh kini semakin jelas di depan mata. Bisnes sihat dibina atas repeatability.
3. Saya Belajar Ilmu Digital Dan Market Saya Jadi Lebih Besar
Saya percaya satu benda kalau saya hanya guna cara lama, saya hanya akan capai market lama. Tetapi bila saya embrace digital market saya jadi lebih luas.
Awareness meningkat. Kepercayaan lebih cepat terbina. Dan manfaat yang boleh saya beri kepada pelajar juga semakin besar. Masih anggap digital sebagai option.
Dulu saya takut bermimpi besar. Takut target tinggi. Takut gagal lagi. Hari ini saya belajar: kalau kita tak berani nampak masa depan yang besar kita akan terus bermain kecil. Sekarang saya bukan sekadar fikir nak survive tapi saya fikir bagaimana nak bantu lebih ramai pelajar. Bagaimana nak bina sistem pendidikan yang scalable. Bagaimana nak bina legasi.
Hari ini saya berjalan dengan ilmu, strategy dan direction. Kalau ada satu pesanan saya kepada usahawan jangan terlalu yakin pada semangat semata-mata. Padankan semangat itu dengan ilmu. Kerana saya sendiri pernah jatuh bukan sebab malas tetapi sebab bergerak tanpa panduan.
Dan saya percaya bila founder sanggup belajar, upgrade diri dan bertindak hidup boleh berubah jauh lebih besar daripada apa yang pernah kita bayangkan.
Kami sasarkan 1,000 bisnes capai RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?
Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!
