Saya Dr. Nur Afiqah Shahat, seorang doktor gigi dan pengasas sebuah klinik pergigian di Ayer Hitam. Ramai orang nampak profesion doktor sebagai satu kerjaya yang stabil. Kerja profesional. Pendapatan selesa. Masa depan terjamin. Tetapi hidup saya mengajar satu perkara iaitu stabil tak semestinya cukup untuk membina kehidupan yang kita impikan.
Sebelum berniaga, saya bekerja sebagai doktor gigi di klinik kerajaan selama setahun. Selepas itu, saya menerima peluang untuk masuk ke dalam bidang bisnes dan membangunkan sebuah klinik pergigian.

Tetapi saya cepat sedar satu hakikat pahit pandai merawat pesakit, tak bermaksud pandai membina bisnes. Dan di situlah ujian sebenar bermula. Saya pernah diuji dengan masalah kesihatan yang serius sehingga keluar masuk hospital.
Saya pernah berada di satu tahap terpaksa guna simpanan terakhir sendiri untuk membayar komitmen klinik dan gaji staf. Ada masa saya lambat ambil gaji sendiri. Ada masa saya langsung tak ambil gaji. Kereta hampir ditarik. Bayangkan tekanan itu.
Dan ketika itu saya sedar founder yang terlalu lama bertahan seorang diri perlahan-lahan akan penat sendiri. Saya perlukan perubahan. Dan perubahan besar itu bermula apabila saya mengambil keputusan untuk belajar semula tentang bisnes bersama FunnelEvo.
Bila saya mula dibimbing, satu demi satu perkara mula berubah. Bukan sekadar jualan. Tetapi cara saya melihat bisnes secara keseluruhan.
INI 3PERUBAHAN BESAR YANG UBAH GAME BISNES SAYA
1. Saya Belajar Bina Nama Bukan Sekadar Jalankan Klinik
Kalau market tak kenal kita, market sukar untuk percaya pada kita. Saya mula serius membina personal branding di TikTok. Apa yang dulu dibuat sekadar suka-suka kini dibuat dengan strategi.
Hasilnya, visibility saya melonjak dengan cepat.
Dalam tempoh yang singkat, content mula mendapat puluhan ribu tontonan, komuniti followers berkembang pesat, dan ramai pelanggan mula datang kerana mereka “kenal” siapa saya terlebih dahulu sebelum menjejak kaki ke klinik.
2. Saya Akhirnya Pecahkan Ceiling Yang Saya Tunggu Bertahun-Tahun
Ada satu milestone yang saya tunggu sangat lama. Hampir 8 tahun saya cuba capai. Tetapi ia sentiasa nampak dekat namun tak pernah benar-benar tembus. Selepas mula betulkan strategy, positioning dan execution kami berjaya memecahkan ceiling itu.
Momentum jualan meningkat hampir 40%, manakala prestasi harian melonjak hampir 2X ganda berbanding sebelumnya. Ada hari biasa yang mencatat rekod luar jangka sesuatu yang dahulu saya rasa mustahil.
3. Saya Belajar Urus Staff Dengan Ilmu, Bukan Perasaan
Saya pernah ada pengalaman dengan staf bermasalah. Dan jujur dulu saya tak tahu nak handle. Nak tegas takut staf lari. Nak lembut takut staf ambil mudah. Bila belajar leadership, saya mula faham staf bukan untuk dimarah. Staf perlu diurus.
Bila dibimbing, saya belajar satu truth bomb selagi founder tak duplicate diri, bisnes akan tersekat pada kapasiti founder. Saya mula berani hire. Saya mula bina struktur. Saya mula membesarkan team dengan lebih yakin. Hari ini saya tidak lagi membawa semuanya seorang diri.
Dan itu memberi ruang untuk saya mula melihat bisnes dari sudut yang lebih besar strategi, growth dan masa depan. Hari ini, sasaran saya bukan sekadar untuk “survive”.
Saya mahu bina sebuah klinik yang kukuh, dikenali, mempunyai sistem yang mantap, dan mampu berkembang lebih jauh untuk memberi manfaat kepada lebih ramai orang. Kalau ada satu pesanan saya untuk usahawan di luar sana:
Turunkan ego. Cari ilmu. Upgrade diri.

Saya seorang doktor. Tetapi hari ini saya belajar:
Ilmu klinikal membuatkan saya mahir merawat. Ilmu bisnes membuatkan saya mampu membina sesuatu yang lebih besar daripada diri saya sendiri.
Kami sasarkan 1,000 bisnes capai RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?
Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!
