Saya percaya ramai orang nampak seorang doktor sebagai profesion yang stabil dari luar, semuanya nampak selesa. Tapi realitinya tidak semua orang tahu apa yang berlaku di belakang tabir.
Saya sendiri bermula sebagai doktor kerajaan. Saya cintakan bidang perubatan. Saya suka membantu orang. Setiap kali tengok pesakit datang dengan masalah, kemudian pulang dengan senyuman kerana kesihatan mereka semakin baik, itu satu kepuasan yang susah nak digambarkan. Waktu itu saya mula berfikir,
“Kalau saya ada ilmu rawatan, kenapa tidak saya bina sesuatu yang boleh beri manfaat kepada lebih ramai orang… dan dalam masa yang sama ubah taraf hidup keluarga saya?”
Pada umur 31 tahun, saya mula masuk dunia bisnes. Saya buka klinik sendiri di Kuching. Niat asal mudah nak bantu lebih ramai orang sambil bina kehidupan yang lebih baik. Tetapi bila masuk dunia bisnes saya sedar satu benda iaitu pandai merawat orang, tak semestinya pandai mengurus bisnes. Dan di situlah struggle sebenar bermula.
Ada waktu sales merosot.
Ada waktu cashflow sangat ketat.
Pernah sampai satu tahap…
Saya risau tak dapat bayar gaji staf on time. Bila fikir balik, masalah sebenar bukan semata-mata sales. Masalah sebenar ialah saya tak ada proper account. Duit bisnes banyak bocor. Sistem tak tersusun. Operasi banyak bergantung pada keadaan, bukan pada struktur yang jelas.
Masa itu saya mula sedar, dalam bisnes, buat keputusan besar tanpa strategi boleh jadi beban besar. Dan itu turning point saya. Saya buat keputusan untuk belajar semula tentang bisnes. Bila saya sertai FunnelEvo, satu benda yang paling besar berubah ialah saya mula nampak bisnes dengan lebih jelas.
Bukan sekadar “buat kerja”, tapi nampak direction.
INI 4 PERUBAHAN BESAR YANG UBAH GAME BISNES SAYA
1. Saya Mula Nampak Halatuju Bisnes Yang Jelas
Dulu saya berniaga ikut rasa. Hari ini saya berniaga ikut direction. Saya mula faham bisnes bukan sekadar buka pintu klinik dan tunggu orang datang. Bisnes perlukan positioning, planning dan strategy.
2. Saya Belajar Pilih Niche Yang Betul
Bila masuk FunnelEvo, saya mula faham bahawa klinik tak boleh jadi “semua benda untuk semua orang”. Saya perlu tahu niche yang tepat. Bila niche jelas marketing jadi lebih fokus, branding lebih kuat, sales lebih mudah naik.
3. Account Lebih Teratur, Kebocoran Mula Dikawal
Ini antara perubahan paling melegakan. Dulu saya rasa duit masuk… tapi tak tahu kenapa duit tak nampak. Sekarang account lebih teratur. Cashflow lebih jelas. Perbelanjaan lebih terkawal. Saya boleh buat keputusan dengan nombor, bukan dengan sangkaan.
4. Saya Mula Berani Main Game Marketing
Dulu saya takut spend duit untuk marketing. Takut rugi. Takut tak jadi. Takut burn cash. Tetapi saya belajar satu benda Kalau orang tak kenal kita, macam mana orang nak datang kepada kita?
Hari ini saya mula berani buat marketing dengan strategy. Bukan sekadar post tetapi membina branding klinik dengan lebih serius. Dan hasilnya, market mula nampak kami dengan cara yang berbeza. Sales saya membuktikan perjalanan ini yang kian meningkat.
Ini bukan sekadar angka. Ini simbol perubahan sistem, disiplin dan keberanian untuk upgrade diri. Kalau usahawan tak upgrade ilmu digital dan ilmu bisnes kita akan perlahan-lahan hilang dari radar market. Saya belajar satu benda “Ilmu perubatan buat kita bagus merawat. Ilmu bisnes buat kita mampu berkembang.” Dan bila dua-dua digabungkan barulah bisnes boleh pergi lebih jauh.
Kami sasarkan 1,000 bisnes capai RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?
Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!
