Dari Staf 8 Tahun… Hampir Berhenti… Kini Saya Bangkit Semula Dengan Cara Yang Berbeza.

Nama saya Dr. Syairah Nadia, atau lebih dikenali sebagai Dr. Syai. Kalau anda datang ke klinik saya hari ini, anda mungkin nampak semuanya tersusun, cantik, dan profesional. Tapi… itu hanya apa yang anda nampak di depan.

Apa yang berlaku di belakang tabir, tak ramai yang tahu. Saya bukan bermula sebagai usahawan. Saya dulu hanyalah seorang pegawai perubatan di sektor kerajaan. Hidup stabil, laluan jelas… tapi dalam hati, saya tahu saya nak sesuatu yang lebih. Saya tertarik dengan dunia estetik.

Dan saya buat satu keputusan besar keluar dari zon selesa, masuk ke sektor swasta, dan sertai Radiant Clinique sebagai staf biasa. Itulah titik mula perjalanan sebenar saya.

Tak lama selepas itu… dunia diuji dengan pandemik.

Klinik terpaksa tutup.
Tiada rawatan.
Tiada pelanggan.

Saya masih ingat perasaan masa tu, sunyi. Tekanan. Tak pasti arah. Dalam keadaan itulah, pengasas klinik nampak sesuatu dalam diri saya. Beliau tawarkan saya untuk jadi rakan kongsi.

Satu peluang yang besar tapi dalam masa sama, satu tanggungjawab yang sangat berat. Bila klinik dibuka semula, saya fikir semuanya akan kembali normal.

Tapi rupanya tidak.

Jualan turun naik.
Kadang okay, kadang jatuh.
Masuk satu fasa… ia mula merosot dengan ketara.

Saya cuba macam-macam.

Tambah effort.
Tambah masa.
Tambah idea.

Tapi hasilnya masih sama. Masa tu saya duduk diam dan tanya diri sendiri

“Betul ke selama ni aku buat cara yang betul?”

Dan itulah titik paling jujur dalam hidup saya sebagai founder. Selama ini saya tak pernah ada mentor bisnes. Saya buat berdasarkan apa yang saya rasa betul. Tapi hakikatnya rasa tak cukup untuk bawa bisnes pergi jauh.

Saya perlukan panduan.
Saya perlukan sistem.
Saya perlukan someone yang dah lalui jalan ni.

Dan di situlah saya buat keputusan untuk belajar dan sertai FunnelEvo. Bila saya mula berguru dan betul-betul ikut proses…

Saya nampak sesuatu yang saya tak pernah nampak sebelum ini. Bukan masalah market. Bukan masalah produk. Masalah sebenar adalah cara saya urus bisnes.

Struktur tak kuat.
Tiada hala tuju jelas.
Semua dibuat secara reaktif, bukan strategik.

Saya mula ubah satu per satu.

Cara fikir.
Cara buat keputusan.
Cara urus team.

Daripada ikut rasa kepada ikut sistem. Daripada buat semua sendiri… kepada bina team yang betul. Saya mula berani ambil langkah termasuk membina team jualan yang lebih fokus dan tersusun.

Perlahan-lahan… sesuatu berubah.

Saya bukan saja nampak perubahan pada bisnes. Saya nampak perubahan pada diri saya sendiri. Daripada rasa penat dan hampir putus asa… Saya kembali ada arah.

Daripada “cuba-cuba” kini saya mula bergerak dengan jelas. Hari ini, saya belajar satu benda yang sangat penting

Bisnes yang nampak cantik di luar belum tentu sihat di dalam. Kadang kita tak perlukan tukar produk. Tak perlu tukar lokasi. Kita cuma perlukan cara yang betul. Ilmu yang betul. Dan bimbingan yang betul.

Kalau anda sekarang rasa bisnes anda stuck, percayalah, saya pernah ada di tempat itu. Dan mungkin bukan bisnes anda yang bermasalah. Mungkin cara anda melihat dan mengurus bisnes itu yang perlu diubah.

Saya bukan berubah sebab saya lebih hebat. Saya berubah sebab saya akhirnya sedar, saya tak boleh buat semua ini seorang diri. Dan dari situ, segalanya mula berubah.

#PRESIDENT #RYBS2026 #FunnelEvoAPEXConsulting

Kami sasarkan 1,000 bisnes tembus RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?

Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !