FunnelEvo Melakar Sejarah di JD Logistics, China

Realiti Masa Depan Yang Usahawan Malaysia Perlu Hadap Sekarang

Bayangkan masuk satu gudang…
tak nampak manusia.
yang bergerak robot.
yang buat keputusan sistem.

Itulah yang kami nampak sendiri bila FunnelEvo jadi delegasi terbesar dari Malaysia ke JD Logistics, Beijing.

Ini bukan lawatan biasa.
Ini tamparan realiti untuk usahawan.

Apa Sebenarnya JD Logistics?

JD Logistics bukan courier biasa.

Mereka adalah syarikat logistik berasaskan:

  • AI
  • automasi
  • data

Dan paling penting mereka bina semua sendiri, bukan outsource.

1. Mereka Kawal Sistem Dari A sampai Z

JD adalah cabang logistik kepada JD.com.
Beza besar dengan ramai pemain lain:

Mereka tak bergantung pada pihak ketiga.

Semua mereka pegang:

  • gudang
  • penghantaran
  • data

Point penting untuk usahawan:

Kalau bisnes anda hari ini:

  • data dalam WhatsApp staf
  • sales dalam Excel berasingan
  • operasi bergantung orang

Anda sebenarnya belum ada sistem. Anda cuma ada aktiviti.

2. Speed Bukan Advantage Tapi Requirement

JD boleh hantar:

  • Same day
  • Next day
  • Hampir 90% order bawah 24 jam

Ini bukan sebab mereka rajin.
Ini sebab sistem mereka direka untuk laju.

Realiti hari ini

  • Customer tak sabar
  • Lambat = hilang trust
  • Lambat = hilang sale

Masalahnya bukan staf slow.
Masalahnya sistem anda tak support speed.

3. Automasi Dah Jadi Standard

Dalam gudang mereka

  • Robot ambil barang
  • Robot susun barang
  • Sistem kira stok
  • AI buat keputusan

Manusia hampir tiada.

Soalan untuk founder

  • Berapa banyak kerja masih manual dalam bisnes anda?
  • Kalau staf tak datang, bisnes jalan tak?

Kalau jawapan “tak” itu bukan bisnes scalable.

4. Mereka Tak Jual Delivery Mereka Jual Sistem

JD Logistics tak sekadar hantar barang.

Mereka bantu syarikat lain:

  • Urus stok
  • Simpan barang
  • Ramal jualan
  • Urus keseluruhan supply chain

Ini dipanggil integrated supply chain.

Jangan jual produk sahaja. Bina sistem yang buat orang bergantung pada anda.

5. Masa Depan Dah Berlaku Sekarang

Apa yang mereka buat:

  • drone delivery
  • lori tanpa pemandu
  • kenderaan elektrik
  • packaging mesra alam

Benda yang kita fikir “akan datang”… mereka dah buat hari ini.

Apa Makna Lawatan Ini Untuk Usahawan?

Ini bukan tentang China.
Ini tentang standard baru dunia.

Bisnes yang menang bukan yang paling kuat
tapi yang paling cepat upgrade sistem

Kalau Anda Nak Ke Beijing Ini Cara Fikir Yang Betul

Jangan pergi sebagai pelawat.
Pergi sebagai founder.

1. Datang Dengan Soalan

  • Apa boleh automate?
  • Apa boleh simplify?
  • Apa boleh scale?

2. Jangan Kagum Teknologi Faham Cara Fikir
Bukan robot yang penting.
Cara mereka design sistem itu yang mahal.

3. Record Semua
Balik nanti confirm lupa.
Ambil video, gambar, nota.

4. Terus Buat
Jangan tunggu sempurna.
Ambil 1 idea → terus implement.

5. Tukar Cara Fikir
Bukan lagi:
“macam mana nak jual lagi banyak”

Tapi
“macam mana nak bina sistem yang boleh jual tanpa bergantung pada aku”

Lawatan ke JD Logistics bukan sekadar pengalaman.

Ia tunjuk satu benda Dunia bisnes dah berubah.
Yang masih guna cara lama… akan tertinggal.

Soalan sebenar bukan:

“Bisnes aku okay ke sekarang?”

Tapi

“Aku dah bersedia ke untuk level seterusnya?”

Kami sasarkan 1,000 bisnes tembus RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?

Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !