Ramai founder rasa bisnes dia masih okay.
Sales ada. Customer ada. Operasi jalan.
Tapi hakikatnya…
Banyak bisnes mati bukan sebab tak ada sales, tetapi sebab tak sedar mereka dah lama masuk zon bahaya.
Bila sedar?
Duit dah kering.
Komitmen dah berat.
Team dah mula goyang.
Hari ini, jujur sikit dengan diri sendiri.
Bisnes aku ni masih selamat atau sebenarnya dah mula bahaya?
1. Cashflow Duit Masuk vs Duit Keluar
Kalau nak tahu bisnes sihat atau tidak, tengok satu benda sahaja.
Cashflow.
Bukan sales.
Ramai founder nampak sales besar, tapi sebenarnya sesak.
Kenapa?
Sebab duit keluar lebih besar daripada duit masuk.
Cara nak check:
- Duit masuk cukup cover semua kos?
- Ada lebihan atau sekadar cukup-cukup makan?
- Pernah tak terpaksa guna duit sendiri untuk tampung bisnes?
Kalau ini berlaku:
- Gaji staff pun rasa berat
- Bayar supplier selalu delay
- Hujung bulan sentiasa stress
Ini bukan slow. Ini tanda awal krisis.
2. Sales Trend Jualan Sebenarnya Naik atau Turun?
Jangan tengok jumlah sales.
Tengok arah pergerakan sales.
Sebab bisnes jarang jatuh secara tiba-tiba.
Ia jatuh perlahan-lahan tanpa disedari.
Tanda sihat:
- Sales konsisten
- Ada aliran setiap minggu
- Lead masuk berterusan
Tanda bahaya:
- Sales makin menurun
- Bergantung kepada promosi tertentu sahaja
- Ada hari jalan, ada hari kosong
Soalan penting.
Kalau hari ini berhenti marketing, sales masih jalan atau terus senyap?
Kalau terus senyap, itu bermaksud…
Bisnes anda belum ada sistem yang kuat.
3. Commitment Beban Bulanan Anda
Ini kesilapan biasa founder.
Bila sales naik sedikit…
Terus tambah komitmen.
Ambil staff. Ambil office. Tambah kos sana sini.
Tanpa sedar…
Beban makin berat.
Tanda sihat:
- Kos terkawal
- Masih boleh bertahan walaupun sales drop
- Ada ruang untuk bernafas
Tanda bahaya:
- Setiap bulan kena kejar sales
- Tak capai target terus panik
- Komitmen terlalu tinggi
Realitinya…
Kalau sales turun sedikit pun dah gelabah, itu bukan growth. Itu tekanan.
4. Database Anda Simpan Customer atau Tidak?
Ramai founder tak sedar perkara ini.
Customer datang… lepas tu hilang.
Tak simpan data.
Tak follow up.
Tak ada database.
Tanda sihat:
- Ada senarai customer
- Boleh hubungi semula
- Boleh buat jualan berulang
Tanda bahaya:
- Bergantung sepenuhnya pada iklan
- Customer beli sekali sahaja
- Setiap kali nak jual, kena mula dari kosong
Ini sangat bahaya.
Sebab setiap bulan anda perlu cari customer baru tanpa asas.
5. Sistem Bisnes Bergantung Pada Anda atau Tidak?
Soalan mudah.
Kalau anda tak kerja 3 hari, bisnes masih berjalan atau tidak?
Tanda sihat:
- Ada SOP jelas
- Team boleh jalankan operasi
- Anda boleh fokus kepada perkembangan bisnes
Tanda bahaya:
- Semua keputusan perlu tunggu anda
- Anda cuti, bisnes terus perlahan
- Anda penat, tapi bisnes tak berkembang
Hakikatnya…
Itu bukan bisnes. Itu anda sedang bekerja dalam bisnes sendiri.
6. Diri Anda Sendiri Signal Yang Ramai Abaikan
Kadang-kadang tanda paling awal bukan pada angka.
Tetapi pada diri anda sendiri.
Kalau anda mula rasa:
- Penat melampau
- Hilang arah
- Elak tengok report
- Tak tahu nak buat apa
Jujur dengan diri sendiri.
Itu petanda bisnes anda sebenarnya sedang bermasalah.
Tanya diri sendiri dengan jujur:
- Cashflow sihat atau semput?
- Sales makin naik atau makin menurun?
- Komitmen ringan atau menghimpit?
- Ada database atau kosong?
- Bisnes boleh jalan sendiri atau bergantung pada anda?
Kalau 3 atau lebih jawapan ke arah negatif…
Bisnes anda bukan sekadar perlahan.
Tetapi sudah berada dalam zon bahaya.
Realiti Yang Ramai Tak Nak Terima
Ramai founder tunggu sampai keadaan betul-betul teruk baru nak berubah.
Masalahnya…
Bila dah nampak teruk, biasanya dah terlambat.
Bisnes yang bertahan bukan yang paling kuat.
Tetapi yang paling cepat sedar.
Dan paling cepat bertindak.
Kami sasarkan 1,000 bisnes tembus RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?
Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!
