Nama saya Muhamad Hafizul Asyraf Bin Jaafar, daripada Arrayyan Farm. Kalau ikutkan sebelum ini, setiap kali musim… saya akan kejar jualan.
Kejar customer. Kejar closing.
Penat… tapi itu je cara yang saya tahu.
Tapi masuk Ramadan kali ini, saya mula nampak perubahan yang sangat ketara. Alhamdulillah, sepanjang bulan Ramadan kami berjaya jual 50 ekor lembu. Dan permintaan tak berhenti di situ.
Kami terus bawa masuk 100 ekor kambing tapi apa yang berlaku… Stok pun tak mencukupi. Permintaan terlalu tinggi sampai kami terpaksa topup stok kambing lagi.
Dulu saya fikir, bila stok habis itu masalah. Rupanya… itu tanda bisnes sedang berkembang. Dalam masa yang sama, saya mula buat satu benda yang dulu saya selalu tangguh iaitu saya bina database pelanggan.
Saya gunakan sistem KUASA untuk simpan data. Dan saya sendiri buat panggilan manual untuk follow up.
Nampak simple tapi impaknya sangat besar. Customer yang dulu hilang,
sekarang datang balik. Yang pernah beli, jadi repeat buyer.
Dan dari situ saya mula nampak satu perkara…
Bisnes bukan hanya tentang jual hari ini. Tapi tentang siapa yang kita simpan untuk esok.
Alhamdulillah, untuk Raya Haji nanti… Kami dah mula dapat booking awal. Dan saya sendiri dah set target lebih besar untuk capai.
Bukan itu sahaja, kami juga berjaya tambah seorang staf baru
dan 3 orang staf intern untuk bantu bahagian operasi. Walaupun kerja makin banyak… Tapi keadaan jauh lebih tenang berbanding tahun lepas.
Dulu kelam kabut. Sekarang lebih tersusun.
Saya belajar satu perkara besar dalam perjalanan ini. Bila kita ada sistem,
kita tak lagi bergantung pada nasib. Kita boleh kawal arah bisnes kita.
Hari ini, saya bukan sekadar jual lembu dan kambing.
Saya sedang bina satu sistem yang boleh berkembang lebih jauh.
Kami sasarkan 1,000 bisnes tembus RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?
Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!
