Saya Tak Sangka… 1 Ramadan Jadi Hari Order Paling Banyak Untuk Bahulu Kami

Saya Nazrul Hafizi, founder kepada Ummi’s Food. Saya jalankan bisnes makanan, fokus pada produk tradisional seperti bahulu. Bisnes ni saya bina dari bawah bermula kecil-kecilan, buat sendiri, jual sendiri, belajar sendiri.

Macam founder lain juga saya pernah lalui fasa sales tak konsisten, duit pusing ketat, dan rasa macam tak nampak arah.

Bulan lepas antara fasa yang agak mencabar untuk saya dari segi kewangan. Tapi saya percaya satu benda…

Selagi kita tak berhenti, mesti ada jalan untuk naik balik. Dan Ramadan kali ni jadi turning point yang saya sendiri tak sangka.

Kalau ikutkan plan asal, saya memang jangka orang akan beli bahulu ni dekat hujung Ramadan.

Sebab kita tahu… bahulu ni bukan tahan lama sangat dalam 2-3 minggu je.
Jadi saya agak, orang akan tunggu nak raya baru beli.

Tapi rupanya… saya silap. Hari pertama Ramadan, saya buat live.
Tak panjang pun lebih kurang 1 jam lebih je, dari 12:15 sampai 1:30.

Itu pun sebenarnya saya buat dengan penuh keraguan. Saya takut kalau buat awal pagi, tak “menjadi tangan”. Tak confident sangat.

Tapi saya tetap jalan. Dan apa yang jadi… memang di luar jangkaan.

76 order masuk. Alhamdulillah dengan kos GMV Max RM764 sahaja berjaya dapat pulangan sales RM2,781 dalam sehari sahaja.

Saya terus terdiam sekejap. Sebab sebelum ni… Bulan lepas, saya tengah struggle dengan masalah kewangan. Sales tak konsisten. Tekanan pun ada.

Tapi masuk Ramadan… Allah bagi rezeki yang saya sendiri tak sangka.

Lagi satu yang buat saya betul-betul tersentak… Hari Khamis, order double. Kami sampai tak cukup tangan. Terpaksa cover production untuk 2 hari.

Penat? Ya. Tapi dalam masa yang sama… rasa syukur tu lagi besar.

Apa yang saya belajar dari pengalaman ni? Kadang-kadang kita terlalu banyak andaian dalam bisnes.

Kita fikir:
“Customer akan beli nanti…”
“Kena tunggu timing tertentu…”

Padahal bila kita test dan action,
pasaran sendiri akan jawab.

Sekarang saya mula nampak…

Live bukan sekadar content, dia mesin jualan
Timing bukan alasan, consistency lebih penting
Bila kita push walaupun takut, di situ datang breakthrough

Saya bukan siapa-siapa pun. Saya cuma founder kecil yang pernah stuck. Tapi Ramadan kali ni…

Saya nampak satu benda

“Rezeki boleh berubah… bila kita berani buat walaupun belum yakin sepenuhnya.”

Kami sasarkan 1,000 bisnes tembus RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?

Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !