Strategi Mudah Tapi Power Kempen Trade-In Zafran Pecah Sales Ramadan.

Tolak Telefon Lama, Ambil Telefon Raya Cerita Ramadan Saya Zafran sebagai pengasas di ZR Gadjet. Ramadan bagi saya bukan sekadar musim jualan. Ia adalah masa untuk fikir lebih dalam tentang apa sebenarnya masalah pelanggan kita.

Ramai orang nak tukar telefon baru untuk Raya. Nak ambil gambar keluarga. Nak update content. Nak rasa seronok guna telefon baru. Tapi ada satu masalah besar.

Telefon lama masih ada.

Ada yang sayang nak jual murah. Ada yang tak tahu nak buat apa dengan telefon lama tu. Jadi saya fikir…

Kenapa tidak kita jadikan telefon lama itu sebagai jalan untuk mereka upgrade telefon baru? Dari situ lahir kempen kami tahun ini.

“Tolak Telefon Lama, Ambil Telefon Raya.”

Konsepnya mudah. Pelanggan datang ke ZR Gadjet, bawa telefon lama mereka. Kami buat trade-in, dan mereka boleh terus ambil telefon baru untuk Raya.

Menariknya, strategi trade-in ini bukan sahaja membantu pelanggan. Ia juga memberi kesan yang baik kepada bisnes kami.

Bila kami ambil telefon lama pelanggan, margin keuntungan boleh naik sehingga sekitar 20%. Jadi ia jadi win-win situation. Pelanggan dapat telefon baru dengan cara yang lebih mudah. Kami pula dapat meningkatkan margin dan jualan.

Alhamdulillah, sepanjang kempen Ramadan ini… Sehingga 11 Mac 2026, jualan kami sudah mencecah sekitar RM700,000 hanya dalam bulan Ramadan.

Dan untuk keseluruhan tahun 2026 setakat 11 Mac, jualan ZR Gadjet sudah mencapai RM1.14 juta.

Bagi saya, ini bukan sekadar angka. Ia adalah bukti bahawa dalam bisnes. Kadang-kadang kita tak perlu buat strategi yang terlalu kompleks. Cukup kita faham satu perkara

Apa masalah pelanggan, dan bagaimana kita boleh selesaikan masalah itu dengan cara yang lebih mudah. Telefon lama yang orang tak tahu nak buat apa…

Hari ini menjadi jalan untuk mereka bawa pulang telefon baru sempena Raya. Dan dari situ, bisnes kami juga terus bergerak lebih laju.

Kami sasarkan 1,000 bisnes tembus RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?

Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !