Saya Ingat Control Semua Itu Bagus… Rupanya Itu Punca Bisnes Slow

Saya Wan Baihaqi, founder kepada Sah Hardware. Kalau nak cerita jujur, dulu saya rasa saya kena tahu semua benda dalam bisnes. Semua keputusan, semua hal kecil, semua masalah… semuanya akan sampai ke saya.

Manager saya pun sama. Setiap perkara… mesti tanya saya dulu. Nak buat keputusan sikit pun tunggu arahan.

Masa tu saya ingat itu normal. Saya ingat itu tanda saya control bisnes dengan baik. Rupanya… itu tanda bisnes saya tak berkembang.

Sampai satu tahap, saya mula penat. Bukan penat kerja… tapi penat sebab semua benda bergantung pada saya.

Bisnes jalan, tapi perlahan. Team ada, tapi tak function sepenuhnya. Dekat situ saya sedar kalau saya terus macam ni, saya akan jadi bottleneck kepada bisnes sendiri.

Saya buat satu keputusan. Saya hantar manager saya masuk kelas Leadership For Manager (LFM). Pada awalnya, saya tak letak expectation tinggi pun. Saya cuma nak dia belajar sikit-sikit… harap ada perubahan.

Tapi apa yang jadi… jauh lebih besar daripada jangkaan saya. Lepas dia habis LFM, saya nampak perubahan yang sangat jelas.

Dia jadi lebih berdikari. Dia mula buat keputusan sendiri. Dia tak lagi tunggu arahan untuk setiap perkara.

Benda yang dulu semua kena tanya saya… sekarang dia boleh urus sendiri.

Dan paling penting saya rasa bisnes ini dah mula bergerak tanpa perlu bergantung sepenuhnya pada saya. Dekat situ saya baru faham satu benda…

Masalah bukan pada staf tak pandai, tapi saya yang tak bagi ruang mereka untuk grow.

Bila saya upgrade leader dalam team saya, automatik bisnes saya pun naik level. Hari ini, saya dah tak nak jadi founder yang sibuk buat semua benda.

Saya nak jadi founder yang bina leader. Sebab saya tahu, kalau saya nak bisnes Sah Hardware pergi lebih jauh saya tak boleh bergerak seorang diri.

Kami sasarkan 1,000 bisnes tembus RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?

Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !