Stop Harap Team ‘Faham Sendiri’ Itu Punca Founder Penat Selamanya

Saya Dr. Habibah dari Poliklinik Sungai Bertek Sdn Bhd.

Kalau nak jujur, sebelum ini klinik saya memang berjalan, tapi tak benar-benar bergerak. Team datang kerja, buat rutin harian seperti biasa, tapi semuanya macam tak ada arah yang jelas. Tak ada target yang spesifik, tak ada angka yang semua orang nampak dan kejar bersama. Bila tak ada arah, semuanya jadi biasa-biasa sahaja.

Saya mula sedar, kalau saya nak klinik ini grow, saya tak boleh biarkan team saya kerja sekadar “buat kerja”. Saya kena ubah cara kami bergerak sebagai satu team.

Kami mula dengan sesuatu yang nampak simple, iaitu morning meeting. Setiap pagi, kami bukan sekadar berkumpul, tapi kami mulakan dengan morning prayer, kemudian set daily KPI. Dari situ, semua orang tahu apa target hari itu. Berapa target sale, berapa target pesakit, dan berapa minima sale per patient. Benda yang dulu kabur, sekarang jadi jelas.

Bila team nampak angka, mereka mula faham apa yang mereka kejar. Saya nampak perubahan itu sangat ketara. Team jadi lebih fokus, lebih jelas tugasan, dan lebih ada direction. Mereka bukan lagi sekadar kerja ikut flow, tapi kerja dengan target.

Dari segi marketing pula, kami mula buat sesuatu yang sebelum ini kami jarang buat secara konsisten. Kami mula create content di TikTok dan Facebook. Bukan hanya team, tapi saya sendiri sebagai doktor pun mula terlibat. Kami buat poster, kami buat video, dan kami cuba biasakan diri dengan dunia content.

Kami juga dah mula run Facebook Ads dan TikTok Ads, walaupun saya akui masih belum berani untuk letak budget yang besar. Masih dalam fasa belajar dan cuba faham.

Selain itu, kami juga dah mula buat live, walaupun belum konsisten. Tapi sekurang-kurangnya kami dah mula melangkah.

Saya juga sedar masih ada perkara yang perlu diperbaiki. Kami dah ada sistem KUASA, tapi masih belum mahir sepenuhnya, terutama bila nak gunakan WhatsApp API. Dan satu lagi cabaran besar adalah kami masih belum pandai nak tackle sale daripada lead dengan betul. Lead sudah masuk, tapi conversion masih belum kuat.

Namun kali ini saya tak lagi melihat semua itu sebagai kelemahan. Saya nampak ia sebagai proses pembelajaran dan level seterusnya yang kami perlu capai.

Hari ini, mungkin kami belum sempurna, tapi saya nampak perubahan yang sangat jelas. Team saya dah berubah. Dari kerja tanpa arah kepada team yang tahu apa yang mereka kejar setiap hari. Dari marketing yang pasif kepada team yang dah mula create content dan masuk ke dunia digital.

Saya masih dalam perjalanan, masih belajar dan masih improve. Tapi saya yakin, selagi kami konsisten buat benda yang betul, klinik ini akan pergi lebih jauh daripada apa yang saya pernah bayangkan dulu.

Kami sasarkan 1,000 bisnes tembus RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?

Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !