BuatSaja Podcast Musim 2 Kerjasama Strategik Dengan Heaven Living Untuk Studio Baharu

Alhamdulillah, satu Memorandum of Understanding (MOU) telah dimeterai antara BuatSaja Media, jenama media di bawah FunnelEvo Group of Companies, bersama Heaven Living, sebuah syarikat interior design yang terkenal dengan sentuhan rekaan elegan dan berkualiti tinggi.

Kerjasama strategik ini diadakan bersempena dengan pelancaran Season Kedua BuatSaja Podcast, yang bakal membawa pengalaman kandungan dan visual yang lebih berkualiti kepada penonton dan pendengar.

Sejak diperkenalkan, BuatSaja Podcast bukan sekadar sebuah program podcast biasa. Ia telah menjadi platform yang mengetengahkan kisah sebenar dunia bisnes, kepimpinan serta perjalanan usahawan, supaya lebih ramai masyarakat dapat belajar daripada pengalaman dan perjuangan sebenar dalam dunia perniagaan.

Bagi musim kedua ini, BuatSaja Media komited untuk membawa penambahbaikan yang lebih menyeluruh bukan sahaja dari segi kandungan, malah dari aspek pengalaman visual serta suasana studio yang lebih profesional.

Melalui kerjasama ini, Heaven Living akan menaja dan membangunkan interior baharu studio BuatSaja Podcast dengan nilai anggaran mencecah RM80,000.

Penambahbaikan ini bukan sekadar perubahan dekorasi. Ia merupakan sebahagian daripada usaha untuk membina sebuah platform media yang lebih berkualiti dan profesional, agar setiap tetamu yang hadir serta setiap penonton yang mengikuti podcast ini dapat merasai pengalaman yang lebih premium.

BuatSaja Media percaya bahawa apabila dunia media, branding dan kreativiti digabungkan dengan visi yang jelas, ia mampu melahirkan sesuatu yang lebih besar daripada sekadar sebuah program podcast.

InsyaAllah, Season Kedua BuatSaja Podcast akan terus membawa lebih banyak kisah, inspirasi dan ilmu yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Tahniah kepada BuatSaja Media dan Heaven Living atas kerjasama strategik ini.

Kepada semua penonton dan pendengar BuatSaja & FinancialSaja Podcast, nantikan set-up studio baharu yang bakal memberikan pengalaman tontonan yang lebih segar dan profesional.

Kenal founder, usahawan atau influencer yang kisahnya patut didengar ramai?

Inilah masanya untuk mereka berkongsi inspirasi.
Calonkan mereka sebagai tetamu BuatSaja Podcast melalui borang pencalonan kami sekarang.

Siapa tahu, kisah mereka mungkin memberi inspirasi kepada ribuan orang di luar sana.

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !