Saya masih ingat lagi…
Bunyi mesin di dewan bedah.
Langkah laju jururawat.
Wajah pesakit yang terbaring, berharap pada tangan saya.
Itulah dunia saya bertahun-tahun dunia seorang doktor pembedahan di hospital kerajaan.
Setiap hari saya keluar sebelum matahari terbit. Balik pula bila malam sudah lama menjelma. Senyuman pesakit jadi kekuatan saya.
Ucapan terima kasih mereka jadi pengubat lelah.
Tapi setiap kali saya buka pintu rumah… anak-anak sudah tidur.
Waktu itu, hati saya mula rasa kosong. Saya sayang profesion saya.
Tapi saya lebih sayang masa bersama keluarga.
Dan pada usia 33 tahun, saya buat keputusan yang orang anggap gila.
Saya tinggalkan zon selesa. Saya keluar dari dunia yang stabil… untuk mula berniaga.
Bukan sebab saya pandai bisnes. Tapi sebab saya mahu cari makna baru dalam hidup saya.
Bila saya mula berniaga, barulah saya sedar. Ilmu perubatan tak sama dengan ilmu perniagaan. Enam bulan pertama adalah fasa paling mencabar dalam hidup saya.
Saya pernah lihat darah dan luka di dewan bedah. Tapi luka hati usahawan yang tak ada hasil… jauh lebih pedih.
Jualan ada. Pesakit datang. Tapi duit sentiasa tak cukup.
Cashflow bocor. Kos tinggi. Pinjaman menekan. Tekanan itu… saya tak pernah rasa sebelum ini.
Waktu itu saya sedar saya bukan lagi sekadar doktor. Saya kapten kapal yang sedang dilanda ribut.
Saya boleh pilih untuk menyerah. Atau saya boleh pilih untuk belajar jadi kapten yang lebih kuat. Saya pilih untuk berjuang.
Saya percaya satu perkara Rezeki Allah tak pernah salah alamat. Kalau niat kita betul, Allah akan bukakan jalan.
Selepas badai itu, Ummah Healthcare mula bangkit semula. Tapi titik perubahan sebenar berlaku bila saya sertai FunnelEvo.
Waktu itu saya sedar kalau bisnes nak naik, struktur mesti betul.
Saya mula bina semula asas syarikat. Saya tak lagi nak jadi “Chief Everything Officer.”
Saya mula latih staf untuk berdikari. Untuk berfikir. Untuk bertindak.
Hasilnya?
Jualan keseluruhan klinik kekal stabil dan konsisten. Buat pertama kali, saya rasa bisnes ini boleh berkembang… tanpa saya perlu tenggelam dalam rutin setiap hari.
Kemudian kami fokus pada produk kesihatan Glucomom. Pada bulan Januari sahaja, permintaan Glucomom Strawberry meningkat 40%.
Saya juga mula menerima nasihat strategik daripada Tuan Syafiq, Chief Growth officer untuk tingkatkan brand awareness.
Dulu saya fikir cukup sekadar ada produk yang bagus. Sekarang saya faham tanpa strategi jenama, produk hebat pun boleh tenggelam.
Dalam perjalanan ini, saya belajar bahawa bisnes bukan sekadar jual dan rawat.
Saya tak lagi buat keputusan bersendirian. Saya belajar bina sistem dan governance yang betul. Zaman buka klinik dan tunggu pesakit datang sudah berlalu. Sekarang kita perlu tarik perhatian secara digital.
Kita perlu faham data. Faham positioning. Faham psikologi pelanggan.
Ilmu digital bukan trend. Ia senjata untuk bertahan.
Saya juga belajar bisnes tak akan sihat kalau jiwa pasukan tak dijaga. Dan saya sedar kepimpinan bukan tentang arahan. Ia tentang membina manusia.
Hari ini, saya masih seorang doktor. Cuma bezanya… saya bukan lagi hanya merawat manusia.
Saya merawat bisnes. Saya merawat sistem. Saya merawat jiwa usahawan yang hampir putus asa. Kerana dalam dunia ini, bukan semua luka nampak di mata.
Ada luka dalam yang hanya boleh sembuh bila kita berani buat keputusan besar dalam hidup.
Dan keputusan terbesar saya adalah menjadi doktor kepada bisnes saya sendiri.
Kami sasarkan 1,000 bisnes tembus RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?
Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!
