Bila Saya Berhenti Jadi “Chief Everything Officer”, Sales Klinik Saya Melonjak 3X Ganda

Ini kisah saya. Tapi orang tak nampak harga yang saya bayar untuk sampai ke angka itu.

Saya bukan lahir sebagai usahawan. Saya cuma seorang doktor biasa yang pernah berkhidmat 4 tahun di Hospital Sultanah Nora Ismail.

Hidup saya dulu sangat rutin.
Masuk wad.
Rawat pesakit.
Balik rumah.

Saya tak pernah belajar bisnes. Tak pernah fikir nak jadi founder.
Umur 31 tahun baru saya mula berniaga. Dan waktu itu… saya langsung tak tahu apa-apa tentang dunia perniagaan.

Bila saya buka Klinik Al-Fatah, saya jadi “Chief Everything Officer”.

Semua saya buat sendiri.

Saya rawat pesakit.
Saya urus staf.
Saya beli ubat.
Saya buat marketing.
Saya jawab komplain.

Nampak macam hebat. Tapi sebenarnya… sangat memenatkan. Dan lebih teruk, saya tak sedar yang saya sedang hadkan pertumbuhan bisnes saya sendiri. Sebab bila saya buat semua benda, bisnes saya hanya sebesar kemampuan saya sahaja.

Ada satu fasa, saya tak ambil gaji selama 3 bulan. Bukan sebab klinik tak ada duit. Tapi sebab saya dahulukan gaji staf. Saya nak pastikan ubat cukup. Saya nak pastikan marketing jalan.

Sebagai founder, saya rasa itu tanggungjawab saya. Tapi sebenarnya, itu baru permulaan ujian. Struggle paling sakit bukan bila duit tak cukup.

Struggle paling sakit ialah bila staf yang paling saya percaya… menjaja cerita buruk tentang klinik dan kepimpinan saya di media sosial. Orang yang saya anggap tulang belakang, rupanya jadi orang yang tikam saya dari belakang.

Kadang-kadang Allah tutup satu pintu, supaya kita nampak pintu-pintu lain yang kita tak pernah pandang sebelum ini.

Saya pernah beli mesin lab bernilai RM8,000. Saya yakin masa itu keputusan saya betul. Tapi realitinya… mesin itu jarang digunakan.

Waktu itu saya kecewa. Tapi saya sedar itu harga belajar. Dalam bisnes, bukan semua keputusan akan menjadi. Yang penting, saya jadi lebih matang setiap kali saya buat silap.

Pesakit pertama saya di klinik ialah nenek kepada kawan universiti. Beliau datang dengan dehydration teruk. Perlu dua botol IV drip.

Mungkin bagi orang lain, itu kes biasa. Tapi bagi saya… itu simbol kepercayaan pertama.

Dulu, saya hanya fikir sebagai doktor. Satu pesakit. Satu masa. Tapi satu hari saya sedar sesuatu. Kalau saya urus semuanya sendiri, saya hanya bantu seorang pesakit pada satu masa.

Tapi kalau saya bina sistem dan urus doktor lain, saya boleh bantu ratusan pesakit dalam satu hari. Itulah saat saya berhenti jadi “Chief Everything Officer”.

Hari ini, saya hanya masuk klinik 1–2 hari seminggu.

Selebihnya saya fokus kepada perkara-perkara seperti,

• Kualiti servis
• Sistem pengurusan
• Personal branding
• Marketing dan hala tuju jangka panjang

Dan hasilnya?

Daripada sales RM770 ribu pada 2024… Kini sales klinik saya melonjak kepada RM2.22 juta pada 2025.

Target saya pada 2026 ialah RM5 juta. Bukan sebab magik. Tapi sebab mindset saya berubah.

Kalau ada satu perkara yang saya belajar, ini dia Founder sendiri kena buat personal branding. Jangan serah bulat-bulat kepada staf.
Saya bukan lahir sebagai usahawan.

Saya belajar. Saya jatuh. Saya dikhianati. Saya buat keputusan silap. Tapi saya tak berhenti. Dan saya percaya, beza orang biasa dengan orang yang mahu jadi luar biasa ialah satu perkara sahaja:

Beliau tak berhenti belajar. Tahun 2026 sasaran RM5 juta?

Bagi kami, itu bukan sekadar angka. Itu simbol bahawa bila seorang doktor faham sistem, dan seorang founder faham visi, yang berubah bukan sekadar jualan.

Yang berubah ialah skala impak kepada masyarakat. Dan itulah sebenar-benarnya makna grow.

Kami sasarkan 1,000 bisnes tembus RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?

Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !