“Saya Tak Nak Lagi Jadi Founder Yang Viral Sekejap, Lepas Tu Hilang.”

Nama saya Nurliyana binti Mohamad Azmi saya pengasas Nyoq Legend yang menjalankan bisnes restauran di Kajang, Selangor.

Kalau orang tengok angka hari ini, mungkin mereka nampak hasilnya. Tapi orang tak nampak perjalanan di belakang angka itu.

Sebelum berniaga, saya hanyalah seorang kakitangan awam. Saya tak pernah belajar bisnes. Tak pernah bayangkan pun akan ada syarikat sendiri.

Tahun 2011, saya mula berniaga sekadar nak cari side income.
Produk pertama saya? MLM. Saya pasarkan di pejabat. Pada kawan-kawan rapat.

Saya cuma fikir nak tambah pendapatan. Tak pernah fikir nak bina empayar. Saat paling struggle dalam hidup saya bukan masa sales rendah. Tapi bila suami berhenti kerja untuk fokus sepenuh masa dalam bisnes kami. Waktu itu saya rasa tekanan yang sangat berat.

Tiada lagi gaji tetap.
Tiada lagi rasa “selamat”.

Kami cuma ada satu pilihan bisnes ini mesti jadi. Saya pernah bawa 3 pekerja cuci rumah yang sangat kotor. Harga sepatutnya RM300. Lepas siap kerja, pelanggan bayar RM100 sahaja.

Waktu itu saya rasa kecil sangat.
Saya fikir, “Inikah nilai usaha saya?”

Tapi saya tak berhenti.

Nyoq Legend bermula dari rumah pada tahun 2021. Saya buat apa yang saya mampu dengan apa yang saya ada. Buka kedai pertama 2021. Tahun 2024 kami berpindah ke kedai baru.

Pernah satu masa, bisnes saya viral. Sales naik mendadak. Saya rasa inilah kejayaan. Tapi tak lama. Sales jatuh mendadak bila ada masalah.

Waktu itu saya faham satu perkara “Cepat viral, cepat jatuh.” Saya tak nak hidup macam itu.

Bila sales mula menurun, saya mula cari solusi. Saya nampak TikTok Tuan Fahdi. Saya beli buku. Saya hadir kelas percuma.

Dalam kelas itu, saya rasa macam ayat yang disebut itu tepat dengan keadaan bisnes saya. Macam kena batang hidung sendiri.

Saya tak nak lagi berniaga tanpa hala tuju. Saya tak nak lagi ulang ayat “cepat viral, cepat jatuh.”

Saya nak bisnes yang sustainable. Saya nak sistem. Saya nak belajar pengurusan syarikat yang betul. Saya nak ada perancangan 5 tahun. Saya nak ada circle dan support system.

Dan pada Mei 2025, saya buat keputusan join FunnelEvo.

Sebelum menyertai FunnelEvo Saya tak tahu hala tuju 5 tahun. Saya berniaga untuk sara keluarga sahaja. Saya banyak langgar tembok tanpa arah.

Alhamdulillah perubahan selepas saya menyertai FunnelEvo,

1. Sales melonjak dengan lebih stabil.
2. Saya dah ada sistem dan struktur.
3. Saya belajar cara ambil pekerja dengan betul.
4. Saya faham pengurusan syarikat.
5. Saya ada roadmap 5 tahun yang jelas.

Yang paling penting… Saya tak lagi rasa keseorangan. Saya ada tempat untuk belajar. Ada komuniti. Ada mentor.

Dunia dah berubah. Digital bukan pilihan. Ia keperluan. Kalau tiada ilmu, walaupun kita dah lama berniaga, kita tetap akan ketinggalan.

Saya pernah gagal beberapa bisnes sebelum ini. Saya pernah habiskan modal. Saya pernah rasa putus asa. Tapi hari ini saya tahu satu perkara.

Berniaga bukan sekadar cari duit. Berniaga kena ada ilmu, sistem dan perancangan. Saya tak nak lagi jadi founder yang viral sekejap. Saya nak jadi founder yang bertahan lama.

Dan ini baru permulaan perjalanan saya.

Kami sasarkan 1,000 bisnes tembus RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?

Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !