SIFUBAD Kini Bersama FunnelEvo Dalam Misi Bantu SME Raise Your Business Standard

2026 menandakan 10 tahun perjalanan FunnelEvo membina usahawan Malaysia.

Satu dekad kita bina ekosistem.
Kita bantu bina founder.
Kita bantu bina sistem.
Semuanya dengan izin Allah SWT, Alhamdulillah.

Dan hari ini, FunnelEvo membuka lembaran baharu untuk dekad seterusnya.

Saya bersama Sifu Jamal, pengasas Sifubad, disaksikan Chairman FunnelEvo Group Of Companies Tuan Fahdi Ghazali , telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) sebagai simbol penyatuan dua kekuatan utama dalam industri, strategi pertumbuhan dan kuasa pelaksanaan berskala nasional.

Ramai melihat ini sebagai kolaborasi.
Bagi saya, ini adalah tanggungjawab.

Tanggungjawab untuk menaikkan standard usahawan Malaysia.

Sepanjang 10 tahun ini, lebih 300,000 usahawan telah melalui program FunnelEvo secara fizikal dan digital, dari dalam serta luar negara. Namun saya percaya, perjuangan ini baru sahaja bermula.

Kerana realitinya masih ramai SME yang bergelut dengan jualan tidak konsisten, pemasaran yang tidak tersusun, founder yang masih menjadi “Chief Everything Officer”, dan sistem yang belum stabil.

Saya selalu tegaskan satu perkara:

Masalah bukan pada semangat.
Masalah pada sistem.

MoU ini bukan sekadar dokumen rasmi.
Ia adalah komitmen strategik.
Komitmen untuk lihat lebih ramai majikan, lebih banyak syarikat kembangkan bisnes ketahap yang lebih matang, stabil dan mampu berkembang.

Semua ini menuju kepada satu misi besar kami:
Melahirkan 1,000 bisnes yang mencapai RM1 juta pertama.

Memasuki dekad kedua, saya tidak mahu FunnelEvo hanya dikenali sebagai tempat belajar.
Saya mahu FunnelEvo dikenali sebagai ekosistem yang menetapkan standard baru untuk usahawan.

Raise Your Business Standard bukan lagi sekadar slogan.
Ia adalah komitmen kami untuk 10 tahun akan datang. Insya Allah!

Lawan tetap lawan!

Shariffudin Sahedan
CEO, FunnelEvo Group Of Companies

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !