Ramadan Semakin Hampir, Bayar Fidyah Dan Kaffarah

Hutang puasa adalah amanah.

Jangan Biarkan Hutang Fidyah Menjadi Penghalang Rezekimu!

Apa yang dimaksudkan dengan Fidyah dan Kaffarah?

Fidyah dan Kaffarah adalah bentuk pembayaran atau denda dalam Islam yang dikenakan kepada individu berdasarkan sebab tertentu berkaitan dengan puasa Ramadan. 

Terdapat beberapa golongan yang wajib membayar fidyah:

1) Wanita hamil atau menyusukan anak kerana bimbang kesihatan bayi

Namun ada beberapa keadaan:
– Jika tidak berpuasa kerana bimbang kesihatan diri sendiri, hanya perlu qada’ puasa sahaja (tidak perlu fidyah)

– Jika bimbang kesihatan diri dan bayi, wajib qada’ namun jika tidak sempat menggantikan puasa sebelum Ramadan seterusnya, maka perlu qada’ dan bayar fidyah

2) Orang yang telah meninggal dunia dengan hutang puasa. Waris boleh bayar fidyah bagi pihak si mati.

3) Orang sakit kronik dan tiada harapan sembuh , tidak mampu berpuasa dalam jangka panjang.

4) Warga emas yang sudah terlalu lemah untuk berpuasa dan tidak mampu ganti.

5) Orang yang tidak ganti puasa tahun sebelumnya sehingga masuk Ramadan baru tanpa uzur

WAKTU DAN PENGIRAAN BAYARAN FIDYAH

Menurut Mazhab Syafie, fidyah boleh dibayar seawal terbit fajar pada hari puasa yang ditinggalkan atau pada malam sebelumnya.

Fidyah juga boleh ditangguhkan sehingga akhir bulan Ramadan namun lebih afdal jika dilunaskan lebih awal sebagai tanda kesungguhan dalam menunaikan kewajipan kepada Allah SWT.

Formula Kiraan: [Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah]
Contoh: 7Hari x RM4.00 = RM28.00

Formula Kiraan: [(Bilangan Hari Tidak Berpuasa X Kadar Fidyah) X Bilangan Tahun Yang Ditinggalkan]
Contoh: (7Hari x RM4.00) x 3 Tahun = RM84.00

Anda juga boleh merujuk Kalkulator Fidyah yang disediakan oleh Pusat Pungutan Zakat (PPZ)

SIAPA YANG WAJIB MEMBAYAR KAFFARAH?

Kaffarah terdiri daripada 4 golongan:
1) Orang yang melakukan hubungan suami isteri pada siang hari Ramadan dengan sengaja

  • Kaffarah wajib ke atas suami sahaja tetapi jika isteri rela, kedua-duanya perlu bayar kaffarah

2) Suami yang melakukan zihar ke atas isterinya

  • Zihar ialah perbuatan suami yang menyamakan isterinya dengan ibunya atau wanita mahramnya dari sudut larangan perkahwinan.
  • Zihar adalah haram dan suami wajib bayar kaffarah sebelum menyentuh isteri

3) Orang yang melanggar nazar dan sumpah

  • Nazar ialah janji untuk melakukan sesuatu jika ada perkara yang berlaku
  • Sumpah (yamin) ialah janji yang dibuat dengan menyebut nama Allah atau sifat-Nya untuk melakukan atau meninggalkan sesuatu
  • Dalam Islam, nazar dan sumpah adalah janji yang perlu ditepati. Jika seseorang melanggarnya, wajib bayar kaffarah untuk tebus kesalahan

4) Ila’

  • Sumpah seorang suami untuk tidak menyetubuhi isterinya selama 4 bulan atau lebih
  • Jika suami ingin kembali kepada isterinya sebelum 4 bulan, wajib bayar kaffarah

Dapatkan info selanjutnya di Konsep Fidyah Kaffarah

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !