Perlu Ke Tukar Sdn Bhd Ke Enterprise Bila Jualan Menurun?

Tidak semestinya. Jangan buat keputusan tukar struktur bisnes hanya kerana emosi atau jualan sementara menurun.

Struktur bisnes perlu ditentukan berdasarkan strategi jangka panjang, bukan semata-mata angka jualan semasa.

Kenapa Usahawan Terfikir Nak “Turun” Ke Enterprise?

Biasanya sebab:

  • Jualan menurun
  • Rasa kos Sdn Bhd mahal
  • Nak jimat compliance & audit

Masalahnya, turun struktur bukan selalu penyelesaian.

Perkara Penting Yang Perlu Dipertimbangkan

1. Kelebihan Sdn Bhd Dari Sudut Strategik

Sdn Bhd bukan sekadar tentang jualan, tetapi kepercayaan:

  • Lebih trusted oleh bank
  • Lebih dipercayai untuk B2B & corporate
  • Lebih senang mohon pembiayaan & kerjasama besar

Jika bisnes anda ada potensi naik semula, Sdn Bhd masih relevan.

2. Tutup Sdn Bhd Pun Ada Kos

Ramai tak sedar:

  • Tutup Sdn Bhd bukan percuma
  • Ada kos profesional, dokumentasi & masa
  • Proses boleh ambil berbulan

Turun ke enterprise bukan shortcut murah seperti yang disangka.

3. Maintain Sdn Bhd Memang Ada Kos (Tapi…)

Ya, Sdn Bhd ada:

  • Kos audit
  • Kos setiausaha syarikat
  • Kos compliance tahunan

Adakah kos ini masih munasabah dengan strategi bisnes anda?

Soalan Sebenar Yang Perlu Ditanya (Bukan Emosi)

Sebelum buat keputusan, jawab soalan ini dengan jujur:

  • Jualan bawah RM1 juta setahun?
  • Margin bisnes besar atau nipis?
  • Profit masih tinggi walaupun jualan turun?
  • Ada perancangan scale semula 1–3 tahun akan datang?

Kalau profit & margin masih sihat, Sdn Bhd mungkin masih pilihan terbaik.

Bila Enterprise Lebih Sesuai?

Enterprise boleh dipertimbangkan jika:

  • Bisnes kecil & kekal kecil
  • Jualan rendah dan margin nipis
  • Tiada keperluan bank, B2B atau pelabur
  • Fokus operasi ringkas & kos minimum

Cara Mudah Buat Keputusan (Praktikal)

Gunakan prinsip ini:

  • Jualan turun = baiki strategi
  • Struktur bisnes = ikut hala tuju jangka panjang

Jangan tukar struktur hanya untuk “legakan perasaan” sementara.

Struktur bisnes perlu ikut strategi jangka panjang, bukan semata-mata jualan semasa.
Sdn Bhd memberi kepercayaan dan peluang jangka panjang, manakala enterprise sesuai untuk bisnes kecil yang kekal kecil. Buat keputusan berdasarkan data, margin dan hala tuju, bukan emosi.

Perkongsian ini dipetik dari sesi Khas Amazing Breakfast Madam Fyka, Pakar Urus Akaun bersama anak didik FunnelEvo President Prime, President dan Mastermind.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !