Dapat Pinjaman Bisnes? 4 Langkah Tentukan Jumlah Sesuai Tanpa Risiko

Terima Tawaran Pinjaman Bisnes Ambil Penuh Atau Minimum?

Ramai usahawan bila ditawarkan pinjaman terus fikir, “Ambil je semua!” Tapi sebenarnya, bukan jumlah pinjaman yang paling penting, tapi tujuan dan kemampuan bisnes anda. Pinjaman tanpa perancangan boleh jadi beban, bukan bantuan.

1. Kenal Pasti Tujuan Pinjaman

Sebelum ambil, tanya diri sendiri

  • Untuk tampung kos operasi harian?
  • Untuk kembangkan bisnes seperti buka cawangan baru atau tambah produk?
  • Untuk marketing supaya jualan naik?
  • Untuk stok supaya tidak kehabisan barang?

Ambil pinjaman hanya untuk tujuan yang jelas, supaya duit digunakan dengan bijak.

2. Semak Kemampuan Bayar

  • Berapa cash flow bulanan bisnes sekarang?
  • Berapa bayaran interest bulanan?
  • Adakah bisnes mampu bayar balik tanpa ganggu operasi lain?

Kalau jawapannya “tidak pasti”, jangan ambil jumlah penuh. Lebih selamat ambil minimum yang cukup untuk tujuan sebenar.

3. Cara Ambil Pinjaman Untuk Semua Jumlah

  • Pinjaman minimum: Ambil hanya apa yang perlu risiko lebih rendah, mudah urus.
  • Pinjaman penuh: Ambil hanya jika ada rancangan jelas untuk gunakan duit lebihan dan bisnes mampu bayar balik.
  • Tidak kira pinjaman kecil atau besar, tujuan dan kemampuan tetap kriteria utama.

4. Tip Praktikal Untuk Usahawan

  • Buat anggaran kos sebenar sebelum ambil pinjaman.
  • Pisahkan duit pinjaman daripada akaun operasi harian supaya mudah pantau.
  • Rancang bayaran balik ikut kemampuan bisnes, bukan ikut jumlah tawaran bank.
  • Utamakan pinjaman untuk projek yang boleh jana pulangan, bukan sekadar tampung kos semasa.

Pinjaman bukan “duit percuma”. Ambil jumlah yang sesuai dengan tujuan dan kemampuan bisnes, tak kira RM5,000 atau RM500,000. Dengan perancangan yang betul, pinjaman boleh jadi alat untuk mempercepat pertumbuhan bisnes, tetapi tanpa perancangan, ia boleh menjadi beban kewangan.

Perkongsian ini dipetik dari sesi Khas Amazing Breakfast Madam Fyka, Pakar Urus Akaun bersama anak didik FunnelEvo President Prime, President dan Mastermind.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !