Nama saya Shahrul Anwar, pengasas Klinik Cybermedik. Perjalanan bisnes saya bermula bersama isteri saya yang merupakan seorang doktor. Kami buka klinik pertama di Kemuning Greenville, Shah Alam dengan satu niat nak beri rawatan terbaik kepada masyarakat.
Tapi jujurnya, awal perjalanan ini tak semudah yang orang nampak.
Sebagai usahawan, saya pernah berada di fasa hilang keyakinan. Kami tiada strategi bisnes yang jelas, terutama dalam sales dan marketing. Jualan pula makin menurun dari bulan ke bulan.
Pesakit sekitar 20–30 orang sehari sahaja. Setiap hari rasa pening dan tertekan, sampai tertanya-tanya “Boleh ke klinik ni pergi jauh?”
Isteri saya pula terperangkap dalam operasi. Bekerja sehingga 13 jam sehari, penat fizikal dan mental. Bisnes jalan, tapi hidup tak seimbang.
Namun satu perkara kami pegang kuat kami tak nak mengalah. Kami mula cari bimbingan yang betul. Di situlah titik perubahan besar bermula.
Selepas belajar dan dibimbing dengan FunnelEvo, cara saya melihat bisnes berubah sepenuhnya. Saya mula faham bahawa klinik bukan sekadar rawatan, tapi sistem, strategi dan positioning.
Antara langkah awal yang nampak kecil tapi beri kesan besar ialah menukar signboard klinik supaya lebih menyerlah dan jelas. Dari situ, kepercayaan pelanggan mula meningkat.
Hasilnya…

Perlahan-lahan, hasilnya mula kelihatan. Hari ini, saya boleh katakan perubahan Klinik Cybermedik sangat ketara.
Dulu hanya 20–30 pesakit sehari, sekarang cawangan Shah Alam capai 70 pesakit sehari. Dulu Google Review cuma 13 review dengan rating 3.8.
Hari ini:
- Shah Alam: 4.9 ⭐️ (765 review)
- Kuala Kangsar: 5.0 ⭐️ (230 review)
Reputasi klinik naik, kepercayaan pelanggan melonjak.
Isteri saya kini hanya bekerja sekitar 7 jam sehari, dan sedang dalam proses keluar sepenuhnya dari operasi untuk fokus kepada strategi dan hala tuju bisnes.
Yang paling saya rasa bezanya ialah ketenangan. Bila bisnes ada sistem, hati jadi tenang. Keputusan pun lebih jelas dan berani.
Daripada 1 cawangan dengan 6 orang staf, hari ini Klinik Cybermedik berkembang kepada:
- 3 cawangan
- 35 orang staf
- Jualan meningkat daripada RM500,000 (2023) kepada RM2.6 juta (2025)
- Saya sendiri sudah 70% keluar dari operasi
Dulu saya buka klinik untuk survival.
Hari ini, saya kembangkan klinik dengan keyakinan dan visi.
Ini bukan kisah magik. Ini kisah belajar, betulkan strategi, dan berani berubah.
Jika saya dan isteri boleh bangkit dari penurunan jualan, saya percaya ramai lagi usahawan di luar sana pun boleh capai perkara yang sama.
Kami sasarkan 1,000 bisnes tembus RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?
Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!
