Saya Pernah Ada Baki RM80 Dalam Akaun, Hari Ini Saya Bina Bisnes 7 Angka.

Nama saya Puan Suryadah Surip. Kalau hari ini orang nampak saya sebagai pemilik Heaven Living Interior yang capai jualan RM1.24 juta setahun, ramai tak tahu berapa kali saya hampir berhenti.

Saya bukan lahir dari keluarga senang. Sejak kecil saya dah faham satu perkara kalau nak hidup lebih baik, saya tak boleh bergantung pada siapa-siapa.

Saya mula berniaga sejak umur 23 tahun. Bukan sebab yakin. Tapi sebab terpaksa.

Saya pernah jual apa saja yang saya mampu seperti cookies, bridal, gubahan hantaran, dessert
dan catering.

Saya berniaga di pasar malam. Masuk booth. Panas, hujan, penat.

Dalam masa yang sama, saya kerja sebagai Interior Designer selama 14 tahun dengan pelbagai syarikat. Saya bina pengalaman, satu projek ke satu projek.

Bisnes bridal saya bertahan hampir 10 tahun tapi ujian paling besar datang tanpa amaran.

Majlis kahwin pelanggan dengan 2,000 jemputan hari yang sepatutnya jadi memori indah
bertukar jadi mimpi ngeri dalam hidup saya.

Caterer outsource sesat datang cuma bawa 3 ekor ayam dan 1 periuk nasi kecil. Mekap pengantin rosak, pelamin pula dipenuhi lalat

Hari itu saya rasa malu, kecewa, dan hancur!

Walaupun itu bukan kesilapan saya tapi sebagai pemilik bisnes semuanya jatuh atas bahu saya. Hari itu saya buat keputusan paling berat saya berhenti bridal.

Saya fikir dunia Interior Design akan lebih stabil sebab itu bidang saya dan itu kepakaran saya. Tapi Allah uji dengan cara lain.

5 orang staf saya berhenti serentak. Bukan sebab kerja tapi sebab seorang yang toxic. Saya terduduk dan berfikir macam mana bisnes boleh runtuh sekelip mata.

Tapi masa tu saya masih berani ambil risiko. Saya buka syarikat tanpa modal buat personal loan guna nama suami, labur marketing besar ambil staf dengan gaji tinggi. Dalam 3 bulan
RM100,000 lesap, sales kosong!

Saya bayar outsource marketing RM15,000 tapi mereka cuma buat awareness. 6 bulan
tak ada satu pun sales. Saya buat loan kedua semata-mata nak hidupkan bisnes.

Sampai satu hari saya buka akaun bank baki tinggal RM80

Saya tak ambil gaji 7 bulan. Saya menangis dalam diam sebab saya tahu ramai bergantung pada saya tapi saya sendiri hampir tak mampu berdiri.

Dan saat saya rasa semuanya berakhir Allah hantar pertolongan dengan cara paling tak disangka.

Seorang client lama datang dan terus buat deposit RM10,000.

Saya pegang duit itu dan saya janji pada diri sendiri yang ini cubaan terakhir.

Saya tukar cara saya urus bisnes, saya tukar outsource dan saya lebih berhati-hati. Alhamdulillah perlahan-lahan leads mula masuk.

Ianya bermula dari sini

Tahun 2024 saya buat keputusan paling betul dalam hidup saya saya sertai Mastermind di FunnelEvo.

Di sinilah saya belajar bisnes bukan tentang rajin semata-mata tapi tentang sistem dan ilmu. Saya belajar.

  • Cara hire staf yang betul
  • Filter resume
  • Buat background check
  • Adakan ujian DISC

Saya tak lagi buat keputusan ikut emosi. Saya ada mentor ada tempat bertanya
tak lagi buntu sorang-sorang.

Saya belajar run Ads sendiri dan akhirnya saya faham kenapa dulu duit marketing saya burn tanpa hasil.

Hasilnya, apa yang dulu saya hanya berani bayangkan, Allah jadikan nyata RM152,000 pada 2023 bertukar menjadi RM1,244,244 pada 2024.

Alhamdulillah saya capai 1 juta pertama bersama FunnelEvo dan kini berada di President FunnelEvo untuk bina visi yang lebih besar.

Bulan Disember tahun 2025 dalam 10 hari sahaja sales dah cecah RM83,000.

Kalau ada satu nasihat dari saya kepada usahawan yang sedang hampir menyerah. Jangan berhenti di saat Allah sedang susun kejayaan anda. Jangan takut labur untuk ilmu sebab ilmu yang betul boleh selamatkan bisnes dan hidup anda

Saya bermula dari RM80 dan hari ini saya berdiri dengan yakin. Kalau saya boleh bangkit
anda juga boleh.

Kami sasarkan 1,000 bisnes tembus RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?

Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !