Nama saya Roshila Saufi. Orang lebih kenal saya sebagai Cikgu Shiela. Saya bermula sebagai guru sekolah rendah. Seawal umur 21 tahun, saya sudah mula berniaga. Bukan sebab suka-suka. Tapi sebab keperluan hidup dan satu impian besar nak ada kebebasan masa dan kewangan untuk keluarga.
Saya pernah jual pampers. Jual alat tulis. Buat kelas tuisyen kecil-kecilan di rumah. Apa saja yang halal dan mampu tambah pendapatan, saya buat. Tapi dunia bisnes tak seindah yang orang nampak di media sosial.

Saya pernah berada di fasa paling gelap dalam hidup. Masalah kewangan datang bertubi-tubi. Anak-anak jatuh sakit. Saya berulang-alik ke hospital kerajaan, menunggu lama, tiada bilik kosong untuk warded. Dalam keadaan letih, takut dan terdesak itu, saya buat satu keputusan besar dalam hidup saya.
Saya berhenti kerja dan saya nekad fokus sepenuhnya pada bisnes pendidikan.
Namun, walaupun kelas makin berjalan, satu ketakutan besar masih menghantui saya.
Saya takut letak harga. Takut orang kata mahal. Takut kelas kosong.
Titik perubahan hidup saya bermula bila saya sertai Mastermind FunnelEvo.

Di sinilah mindset saya berubah. Saya belajar pemasaran yang betul.
Saya belajar bina keyakinan. Saya belajar urus bisnes secara sistem dan bukan sekadar berharap pada nasib.
Dulu yuran kelas saya rendah sebab saya tak berani naikkan harga. Lepas dibimbing, saya naikkan harga untuk kelas dua hari. Kelas tetap penuh. Malah permintaan makin tinggi sampai saya terpaksa tambah kelas tambahan 4 jam. Seramai 40 pelajar mendaftar.
Dalam masa seminggu sahaja, termasuk kelas online, jumlah pelajar mencecah 200 orang dengan kutipan RM22,000.
Pada 1 Januari 2025, saya buat Grand Opening Kick Start.
Hingga 4 Januari, saya berjaya dapat:
- 150 murid pakej bulanan
- 35 murid pakej premium
Saya kemudian lancarkan modul digital. Dalam masa sebulan, terjual 220 unit dengan hasil RM22,120.
Buku kedua saya juga siap dan kini dalam proses penerbitan.
Baru-baru ini, saya buat live hampir 3 jam.
Semua modul sold out.
Saya terpaksa top up stok 3 kali. Alhamdulillah.
Hasil daripada sistem dan disiplin yang betul, banyak perkara dalam hidup saya berubah.
- Saya berjaya realisasikan impian lama menghadiahkan sebuah kereta kepada ibu tercinta, menggantikan Kancil manual yang telah berusia 23 tahun.
- Saya bawa anak-anak dan keluarga bercuti raya kedua ke Padang Bukit Tinggi, Indonesia selama 4 hari 3 malam.
- Kutipan yuran bulan Februari dan Mac capai 100%. Bulan April juga meningkat walaupun bulan puasa.
- Saya mula buat sesi onboarding lengkap dengan terma dan syarat, ibu bapa lebih jelas, lebih bersedia dan lebih menghormati sistem.
Dan yang paling saya syukuri,
Alhamdulillah, saya berjaya capai RM1 juta pertama pada tahun 2025 bersama bimbingan FunnelEvo.

Hari ini, saya berada di President FunnelEvo.
Bukan sebab saya paling pandai. Tapi sebab saya sanggup belajar, ikut sistem dan berani keluar dari zon selesa.
Saya percaya satu perkara.
Bisnes tanpa ilmu ibarat kapal tanpa arah.
Kalau seorang cikgu biasa seperti saya boleh ubah hidup dengan strategi yang betul,
insya-Allah, orang lain juga boleh.
Kami sasarkan 1,000 bisnes tembus RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?
Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!
