Hari Ini, Saya Capai RM1 Juta Pertama Dan Sedang Bersedia Untuk Versi Yang Lebih Besar.
Saya Aisya Rahman founder Aisya Rahman Advisory. Kalau tiga tahun lepas seseorang beritahu saya yang suatu hari nanti saya akan bercakap tentang scaling bisnes ke tahap yang lebih besar, saya mungkin hanya mampu tersenyum pahit.

Kerana pada waktu itu, realitinya bisnes saya hampir tutup.
Syarikat saya berada di hujung tanduk bukan kerana saya malas atau tidak bekerja keras tetapi kerana saya menjalankan bisnes tanpa sistem dan tanpa strategi yang betul.
Saya berhadapan dengan situasi di mana cash reserve hampir tiada, jualan tidak konsisten dan tiada sebarang perancangan strategik untuk menjana sales secara berterusan. Iklan hanya dijalankan apabila saya mahu buat kelas atau training. Dalam masa yang sama, saya tidak tahu cara untuk mengambil staf yang sesuai dan tepat dengan keperluan bisnes.
Bisnes berjalan mengikut keadaan dan emosi, bukan perancangan. Hari ini ada jualan, esok kosong. Dalam diam, saya penat dan mula mempersoalkan sama ada saya benar benar sesuai untuk berniaga atau sebaliknya.

Jun 2023 menjadi titik perubahan dalam hidup saya apabila saya membuat keputusan untuk menyertai FunnelEvo.
Saya masuk bukan kerana terlalu yakin tetapi kerana saya sedar jika saya terus menggunakan cara lama, saya hanya akan mengulangi kesilapan yang sama.
Di FunnelEvo, perkara pertama yang benar-benar membuka mata saya ialah hakikat bahawa masalah sebenar bisnes saya bukan terletak pada produk tetapi pada cara saya berfikir, merancang dan menyusun strategi.
Perubahan tidak berlaku dalam sehari tetapi ia berlaku secara konsisten.
Saya mula memahami bagaimana membina strategi sales yang betul dan berfikir untuk jangka panjang. Saya belajar menyusun marketing dengan perancangan yang jelas, bukan lagi berdasarkan emosi. Content mula disusun dengan mesej yang tepat dan tersusun. Saya mula menguasai teknik SEO serta penggunaan keywords yang betul sehingga pelanggan baru mula datang secara organik. Sistem Sales Kuasa pula digunakan dengan lebih personal dan strategik, bukan sekadar sebagai platform pembayaran seperti sebelum ini.
Hasilnya, jualan saya meningkat setiap tahun. Margin semakin sihat. Views untuk content bertambah. Lebih banyak peluang job corporate mula masuk. Yang paling penting, saya akhirnya mempunyai strategic planning yang jelas untuk seminar dan program yang akan datang.
Dalam masa yang sama, saya mula berani membina pasukan.
Kali ini saya tidak lagi mengambil staf secara random. Saya menggunakan personality test untuk memahami diri sendiri dan juga karakter staf supaya setiap orang berada di posisi yang betul. Dari situ, leadership saya berkembang dan keyakinan diri saya meningkat dengan ketara.
Saya juga sedar satu perkara yang sangat besar dalam perjalanan ini. Niat saya dalam berniaga berubah. Saya tidak lagi semata mata mengejar keuntungan tetapi lebih fokus untuk membantu orang dan dari situ iman saya turut meningkat.

Ini adalah angka sebenar perjalanan bisnes saya.
Pada tahun 2022, jumlah jualan dari Januari hingga Disember adalah sebanyak lebih RM200 ribu Pada tahun 2023, dari Januari hingga terkini, jualan meningkat kepada RM500 ribu. Daripada momentum inilah saya akhirnya berjaya mencapai RM1 juta pertama dalam bisnes.
Saya tidak capai angka ini kerana saya paling hebat tetapi kerana saya berhenti menjalankan bisnes secara tanpa arah.
Alhamdulillah, hari ini ini merupakan tahun ketiga saya bersama FunnelEvo. Saya kini berada di peringkat President Prime dan menerima coaching secara personal bersama barisan Board of Advisory FunnelEvo untuk membina vission bisnes yang lebih besar dan lebih tersusun.
Fokus saya sekarang bukan lagi sekadar untuk bertahan atau stabil tetapi untuk scale bisnes dengan struktur yang lebih kukuh, strategi yang lebih tajam dan impak yang lebih luas.
Saya sedar untuk pergi ke tahap seterusnya, saya memerlukan bimbingan yang lebih dekat, lebih strategik dan lebih jujur. Saya pernah berada di titik paling rendah apabila syarikat hampir ditutup, arah tidak jelas dan keyakinan diri hampir hilang.
Inilah hasilnya saya berguru…

Hari ini saya berdiri dengan bisnes yang mempunyai sistem, strategi dan hala tuju yang jelas. Jika ada satu perkara yang benar benar saya pelajari daripada perjalanan ini, ilmu yang betul dan bimbingan yang tepat bukan sahaja membesarkan bisnes tetapi turut membesarkan diri kita sebagai pemimpin.
Saya Aisya Rahman dan perjalanan ini masih jauh menuju misi yang lebih besar, lebih matang dan lebih bermakna.
Kami sasarkan 1,000 bisnes tembus RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?
Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!
