DARI WARUNG TEPI JALAN, KINI CECAH JUALAN 7 ANGKA PERTAMA SELEPAS 10 TAHUN BERNIAGA

DARI WARUNG TEPI JALAN, KE JUALAN 6 & 7 ANGKA PERJALANAN 10 TAHUN SAYA SEBAGAI USAHAWAN

Nama saya Noraishah Osman Jelani.
Saya seorang isteri dan ibu.

Seperti kebanyakan wanita lain, niat awal saya berniaga bukan besar mana.
Saya cuma mahu bantu suami, ringankan beban keluarga.

Saya bukan datang dari latar belakang bisnes.
Saya bukan siapa-siapa.
Saya hanya wanita biasa yang nekad untuk mencuba.

Dengan modal yang ada, saya mula menjual pizza kecil-kecilan di tepi jalan.
Panas terik, hujan lebat, semua saya hadap sendiri.

Pernah satu tahap, saya terpaksa menggadai kereta sendiri semata-mata untuk teruskan perniagaan. Pedih. Takut. Tapi saya tak ada pilihan lain.

Cabaran paling besar saya waktu itu bukan sekadar modal.
Masalah pekerja keluar masuk buatkan saya hampir hilang arah.

Bayangkan,
ambil order saya,
buat pizza saya,
layan pelanggan saya,
urus pemasaran pun saya.

Saya bukan urus bisnes.
Saya tenggelam dalam operasi.

Hari-hari saya sibuk bekerja,
tapi tiada masa untuk berfikir.
Tiada masa nak rancang masa depan bisnes.

Sembilan tahun saya bertahan dalam keadaan itu.
Panjang tempoh tersebut. Penat. Tertekan.
Ada masanya semangat berniaga hampir pudar.

Namun dalam hati saya tahu satu perkara kalau saya nak bisnes ini bertahan dan berkembang, saya kena berubah.

Februari 2024 menjadi titik penting dalam hidup saya apabila saya sertai kelas Amazing Founder di FunnelEvo. Buat pertama kali, saya sedar:

Masalah saya bukan jualan. Masalah saya ialah cara saya mengurus bisnes.

Saya kemudian melangkah ke program Mastermind. Di situlah segalanya mula berubah.

Saya belajar buat keputusan dengan betul. Saya belajar ambil pekerja yang berkualiti. Saya belajar susun Job Description (JD) dengan jelas supaya setiap staf tahu tanggungjawab masing-masing.

Perlahan-lahan, saya belajar keluar daripada dapur dan mula membina bisnes sebagai seorang majikan sebenar.

Bila saya konsisten dengan strategi pemasaran, hasilnya mula kelihatan.
Pelanggan semakin ramai. Sampai ada yang sanggup beratur panjang semata-mata nak rasa KTM Pizza.

Pada April 2025, saya sekali lagi beranikan diri melangkah lebih jauh dengan menyertai sesi PRESIDENT, sesi personal coaching bersama Board of Advisors FunnelEvo.

Selesai sesi itu, saya benar-benar nampak perubahan besar dalam hidup dan bisnes saya.

Saya boleh bercuti ke Pakistan tanpa rasa risau. Operasi kedai tetap berjalan. Staf tahu peranan masing-masing.

Dan untuk pertama kali selepas hampir 10 tahun berniaga, jualan KTM Pizza berjaya cecah 6 angka, dan seterusnya 7 angka.

Alhamdulillah.
Alhamdulillah.

Hari ini bila saya pandang ke belakang dari berniaga di tepi jalan,
menggadai kereta, bertahan dengan segala cabaran, hingga mampu membina bisnes yang berjalan dengan sistem.

Saya hanya mampu kata satu perkara

Jangan pernah berhenti belajar.
Jangan pernah berhenti berjuang.

Saya mahu kisah ini menjadi bukti kepada usahawan lain di luar sana.
Bila kita ada ilmu, ada usaha, dan tak pernah patah semangat apa saja boleh jadi kenyataan.

Hasilnya….

Kami sasarkan 1,000 bisnes tembus RM1 juta pada 2026. Soalan dia satu saja adakah bisnes anda salah satunya?

Jika YA, kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !