Wasiat Terakhir Ustaz Murtadhar, Kisah Yang Mengusik Jiwa

Ustaz Yaakub Yusra dalam BuatSaja podcast baru-baru ini telah meninggalkan kesan mendalam kepada ramai pendengar.

Kisah tentang Armarhum Ustaz Murtadhar abang beliau yang menjadi satu pengajaran tentang kematian, pengorbanan, dan makna sebenar kehidupan dalam dirinya.

Pesanan Yang Tidak Pernah Dilupakan

Semuanya bermula pada 27 Disember 2017. Tarikh keramat bagi Ustaz Yaakub Yusra. Pada hari itu, beliau menerima mesej daripada Armarhum Ustaz Murtadhar yang ternyata membawa makna yang amat mendalam.

“Yusra, hang kaya macam mana pun jangan berhenti mengajar.”

Pesanan yang disampaikan oleh Armarhum Ustaz Murtadhar kepada beliau. Ringkas, namun sarat dengan pengertian yang mendalam.

Pesanan ini bukan sekadar nasihat biasa, tetapi seolah-olah menjadi amanah yang perlu dipegang hingga ke akhir hayat.

Ustaz Yaakub Yusra mengakui bahawa pesanan inilah yang menjadi driving force dalam kehidupannya sehingga kini. Walaupun kehidupannya sudah selesa, walaupun sudah mempunyai segala-galanya, beliau tidak pernah berhenti mengajar di masjid

Komitmen ini bukan datang dari keinginan untuk terkenal atau kekayaan, tetapi kerana janji kepada seorang abang yang telah pergi.

Prinsip Mengajar Tanpa Mengira Harga

Ustaz Yaakub Yusra ada satu prinsip iaitu sebarkan ilmu secara percuma. Ramai pendakwah dan penceramah sekarang letakkan rate yang tinggi untuk setiap ceramah agama. Namun, Ustaz Yaakub Yusra memilih jalan yang berbeza.

“Nak jemput saya tak payah bayar duit. Saya bagi ceramah free.”

Beliau berkongsi pengalamannya apabila beliau terbang dari Penang ke Melaka hanya untuk memberikan ceramah selama sejam di MITC. Selepas itu, beliau terus pulang dan pada malam yang sama, beliau ada program lagi di Perlis.

Jadual yang padat, perjalanan yang memenatkan, namun semuanya dilakukan tanpa mengira balasan duniawi.

Mengapa Percuma?

Bagi sesetengah orang, mungkin sukar untuk memahami mengapa seseorang yang sudah berjaya masih mahu bersusah payah tanpa mengira bayaran. Namun, jawapannya terletak pada pesanan Armarhum Ustaz Murtadhar yang beliau pegang teguh.

“Jangan letakkan harga pada ilmu. Yang kaya takkan ke mana, kongsi je ilmu pada orang. Allah sentiasa akan tambah lagi.”

Nasihat yang diberikan oleh Armarhum Ustaz Murtadhar. Falsafah ini mengajar kita bahawa ilmu bukanlah komoditi yang perlu dijual dengan harga tinggi, tetapi amanah yang perlu disebarkan kepada seberapa ramai manusia.

Apabila kita berkongsi ilmu tanpa mengharapkan balasan, Allah SWT akan menggantikan dengan cara yang tidak pernah kita sangka-sangka.

Ini adalah manifestasi kepercayaan kepada rezeki dari Allah yang tidak terhad kepada wang ringgit semata-mata.

Malam Yang Mengubah Segalanya

Selepas pulang dari berceramah pada pukul 11 malam, beliau baru sahaja sampai di rumah dan terima mesej untuk berjumpa dengannya. Mesej inilah yang mengubah segalanya.

Pada mulanya, Ustaz Yaakub Yusra berfikir untuk berjumpa keesokan harinya sahaja. Namun, respons Armarhum Ustaz Murtadhar amat mendesak dan penuh misteri.

“Aku tak dan dah tapi hang dan”

Ringkas tapi bawa seribu makna. Ustaz Yaakub Yusra yang mengenali abangnya sebagai seorang yang suka bergurau, tiba-tiba merasakan sesuatu yang berbeza.

Nada serius dalam mesej itu membuatkan beliau segera menukar jubah dan bergegas pergi ke lokasi yang dimaksudkan.

Apabila sampai di tapak tersebut, Armarhum Ustaz Murtadhar memberitahu sesuatu yang amat mengejutkan.

“Yusra, aku dah jual semua tanah dengan asset aku.”

Armarhum Ustaz Murtadhar telah menjual kedai runcit yang menjadi sumber pendapatannya, juga tanah yang telah beliau beli untuk membina rumah impiannya. Semua harta dunia yang telah beliau kumpulkan, telah dijual. Tetapi mengapa?

Sebab nak bina MASJID…

Tindakan Armarhum Ustaz Murtadhar ini bukan sekadar derma atau sumbangan biasa. Ini adalah pengorbanan total.

Sanggup lepaskan segala yang dimiliki untuk bina sesuatu yang kekal pahalanya hingga ke akhirat. Beliau tahu bahawa kehidupan dunia ini sementara, dan yang kekal hanyalah amal jariah.

3 pengajaran yang dipelajari

  1. Harta dunia tak dibawa mati – Tak kira berapa banyak tanah yang kita miliki, berapa besar rumah yang kita bina, atau berapa banyak simpanan di bank, semua itu akan ditinggalkan. Yang kekal adalah amal soleh yang kita tinggalkan.
  2. Bila ajal menghampiri, prioriti berubah – Perkara-perkara yang dahulunya kita anggap penting seperti status, harta, kemewahan dah tak bermakna. Yang penting nak persiapkan diri untuk berjumpa Allah SWT.
  3. Warisan terbaik untuk duniawi adalah amal jariah – Surau atau masjid adalah salah satu bentuk sedekah jariah yang paling mulia kerana ia akan terus digunakan oleh umat Islam untuk beribadah selama-lamanya.

Armarhum Ustaz Murtadhar sedar bahawa perjalanan hidupnya sudah hampir tamat. Beliau rasa masanya dah tak banyak lagi.

Bayangkan perasaan seseorang yang sudah sampai ke tahap keinsafan sebegitu. Beliau tidak sibuk mengejar dunia, tidak risau tentang kekayaan, tidak takut kehilangan apa yang dimiliki.

Satu-satunya yang beliau fikirkan ialah bagaimana untuk menutup akaun dunia dengan sebaik-baiknya.

Bagi Ustaz Yaakub Yusra, ayat ini adalah wake-up call yang paling kuat. Kematian boleh datang bila-bila masa, dan kita perlu sentiasa bersedia.

5 Nasihat Ustaz Yaakub Yusra

1. Jangan Berhenti Memberi Manfaat

Walaupun kita sudah berjaya, ada kekayaan, jangan berhenti beri manfaat kepada orang lain. Ilmu yang kita ada perlu dikongsi, bukan disimpan. Kelebihan yang kita miliki perlu diagihkan, bukan ditimbun.

2. Jangan Letakkan Harga Pada Kebaikan

Nak sebarkan kebaikan jangan terlalu calculative. Jangan ukur setiap tindakan dengan balasan duniawi. Allah akan memberi ganjaran dengan cara yang jauh lebih baik daripada apa yang kita sangka-sangka.

3. Sediakan Amal Jariah

Jangan tunggu sehingga tua atau sakit baru fikir amal jariah. Mulakan dari sekarang. Tak semestinya perlu besar. Cukup ikut kemampuan sahaja.

Yang penting adalah niat dan kesungguhan untuk meninggalkan sesuatu yang bermanfaat selepas kita tiada.

4. Hargai Masa Yang Ada

Kita tidak pernah tahu bila ajal akan menjemput. Hari ini kita sihat, esok mungkin tidak. Hari ini kita masih diberikan peluang, esok mungkin sudah terlambat.

Manfaatkan setiap masa yang ada untuk lakukan kebaikan.

5. Persahabatan Yang Membina

Persahabatan antara Armarhum Ustaz Murtadhar dan Ustaz Yaakub Yusra mengajar kita tentang pentingnya memilih rakan yang membawa kita kepada kebaikan.

Sahabat sejati bukan yang memuji kekayaan kita, tetapi yang mengingatkan kita tentang tujuan sebenar kehidupan.

Apabila Dunia Tidak Lagi Bermakna

Tindakan Armarhum Ustaz Murtadhar yang menjual semua hartanya membawa kita kepada satu refleksi yang mendalam.

Pada titik manakah seseorang boleh sampai ke tahap di mana dunia tidak lagi bermakna? Ini bukan tentang sikap pesimis atau putus asa, tetapi tentang keinsafan yang sejati.

Kebanyakan kita terlalu terikat dengan dunia. Kita bekerja keras untuk membeli rumah yang lebih besar, kereta yang lebih mewah, dan mengumpul kekayaan untuk hari tua.

Tidak salah untuk merancang masa depan, tetapi persoalannya berapa banyak perancangan kita untuk akhirat?

Harta dunia tak lagi bernilai bila ajal mendekat. Tanah yang beliau beli untuk membina rumah impian, kedai runcit yang menjana pendapatan semuanya dijual tanpa ragu-ragu.

Apa gunan rumah megah jika kita tidak sempat tinggal di dalamnya? Apa gunanya kekayaan jika kita tidak sempat menggunakannya?

Perbezaan Antara Kaya Dunia Dan Kaya Akhirat

Masyarakat hari ini sering mengukur kejayaan dengan ukuran material. Orang yang berjaya adalah yang mempunyai rumah banglo, kereta mewah, dan akaun bank yang tebal.

Ukuran kejayaan di sisi Allah SWT pula jauh berbeza.

Armarhum Ustaz Murtadhar mungkin tak tinggalkan harta pusaka yang banyak kepada keluarganya tapi beliau meninggalkan sesuatu yang jauh lebih berharga. Pahala yang tidak pernah putus mengalir.

Setiap kali ada orang yang solat di surau yang beliau bina, setiap kali ada orang yang berzikir atau membaca al-Quran di situ, pahalanya dikira untuk beliau.

Walaupun beliau sudah tiada, pahalanya terus mengalir setiap masa. Ini adalah pelaburan yang tidak akan pernah rugi, tidak terjejas oleh inflasi, dan tidak akan berkurangan nilainya.

Inilah yang dimaksudkan dengan kaya akhirat.

Satu lagi aspek penting dalam kisah ini ialah tentang keikhlasan.

Ustaz Yaakub Yusra tak pernah menyebarkan kisah ini untuk menunjuk-nunjuk atau membanggakan diri. Beliau ambil masa yang lama sebelum berkongsi kisah ini dengan umum.

Begitu juga dengan Armarhum Ustaz Murtadhar. Beliau tak buat pengumuman besar-besaran tentang niatnya untuk membina surau. Buat dalam senyap, pada tengah malam, hanya dengan sahabat terdekatnya sebagai saksi.

Ini menunjukkan tahap keikhlasan yang tinggi. Berbuat baik bukan untuk mendapat pujian manusia, tetapi semata-mata mengharapkan keredaan Allah SWT.

Dalam era social media hari ini, ramai yang melakukan kebaikan tetapi terlalu obsessed dengan pengiktirafan. Setiap derma mesti difoto dan dimuat naik, setiap kebaikan mesti diwar-warkan.

Tidak salah untuk berkongsi kebaikan sebagai motivasi kepada orang lain, tetapi kita perlu berhati-hati agar niat kita tidak tercemari dengan sifat riak dan ujub.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Hadid ayat 20 yang membawa maksud: ‘Ketahuilah bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan.’

Pengorbanan sebegini mengajar kita bahawa kadang-kadang kita perlu melepaskan sesuatu yang baik untuk mendapat sesuatu yang lebih baik. Tanah itu baik, tetapi pahala membina surau lebih baik. Rumah itu selesa, tetapi reda Allah lebih bermakna.

Nak tahu rahsia & tips Ustaz Yaakub? Tonton sekarang di YouTube BuatSaja Podcast!

Kenal founder atau influencer hebat? Calonkan mereka jadi guest podcast dengan mudah melalui form pencalonan kami!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !