“Kenapa Produk Kita Lebih Mahal?”
Soalan Yang Selalu Datang, Tapi Jarang Dijawab Dengan Betul
Soalan ni selalu datang tanpa amaran.
Kadang-kadang melalui WhatsApp.
Kadang-kadang masa live.
Kadang-kadang terus di kaunter.
“Yang ni mahal ya. Kat TikTok ada yang jual murah.”
Ayat tu pendek. Tapi cukup untuk buat ramai peniaga rasa goyah.
Bukan sebab kita tak yakin dengan produk.
Tapi sebab kita takut pelanggan akan pergi.
Saat Kita Hampir Buat Keputusan Salah
Dalam kepala, mula bermain,
“Patut ke aku turunkan harga?”
“Patut ke aku ikut pasaran?”
“Kalau aku kekalkan harga ni, laku ke?”
Ramai peniaga akhirnya mengalah dengan harga.
Potong margin. Kejar murah.
Tanpa sedar, kita sedang masuk ke gelanggang
yang bukan milik kita.
Produk murah akan sentiasa ada. Dan akan sentiasa ada orang yang boleh jual lebih murah dari kita.
Kalau kita berlawan pada harga, kita sedang berlawan dengan,
- Kilang besar
- Volume tinggi
- Sistem automasi
So… apa yang tinggal untuk kita?
Produk Mahal Bukan Masalah.
Masalahnya Bila Kita Tak Cerita Kenapa Ia Mahal.
Ramai peniaga jual produk mahal, tapi komunikasi mereka kosong.
- Letak gambar.
- Letak harga.
- Tunggu orang faham sendiri.
Sedangkan pelanggan bukan berada dalam kepala kita.
Mereka tak tahu:
- Proses kita
- Risiko kita
- Standard kita
- Kualiti sebenar produk
Apa yang mereka nampak hanyalah angka harga.
Cerita Yang Sepatutnya Kita Sampaikan
Bila produk kita mahal, cerita ini yang perlu hidup.
Cerita tentang value.
Apa yang pelanggan dapat selain produk?
Keselamatan, ketenangan, servis, jaminan.
Cerita tentang kualiti.
Apa yang kita jaga di belakang tabir?
Material, workmanship, kawalan kualiti.
Cerita tentang ketahanan.
Berapa lama produk ini boleh digunakan?
Apa kos sebenar jika dibanding jangka panjang?
Dan paling penting…
Bila Pelanggan Sendiri Jadi Suara Kita
Testimoni bukan sekadar hiasan laman web.
Ia adalah suara orang yang pernah
- Banding harga
- Ragu-ragu
- Hampir pilih yang murah
- Tetapi akhirnya faham.
Apabila pelanggan berkata:
“Saya dulu pun rasa mahal, tapi lepas guna, saya faham kenapa.”
Ayat itu lebih kuat daripada apa-apa promosi.
Perubahan Berlaku Bila Cara Kita Bercakap Berubah
Bila peniaga mula,
- Berani jelaskan harga
- Tenang mempertahankan value
- Konsisten bercerita tentang kualiti
- Menariknya, pelanggan juga berubah.
Soalan mereka bukan lagi
“Kenapa mahal?”
“Yang ni sesuai untuk saya ke?”
Tapi dan itu tanda perbualan sudah naik level.
Produk mahal tak dicipta untuk semua orang.
Ia dicipta untuk orang yang faham dan menghargai.
Tugas kita bukan menurunkan harga supaya semua mampu beli.
Tugas kita adalah menaikkan kefahaman supaya orang yang tepat memilih kita.
Kerana bila orang faham kenapa sesuatu itu mahal,
harga bukan lagi halangan ia menjadi justifikasi.

Perkongsian ini dipetik dari sesi Khas Amazing Breakfast Captain Azlan, Assistant Manager Business Consultant bersama anak didik FunnelEvo President Prime, President dan Mastermind.
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!
