View Naik, Like Banyak… Tapi Sales Tak Bergerak.

Ini Cerita Sebenar Ramai Usahawan TikTok

Hari tu, seorang usahawan cerita

“Akak, saya dah konsisten post TikTok.
Setiap hari. View ada. Like pun okay. Tapi… sales kosong.”

Nada suara dia bukan marah. Lebih kepada penat dan keliru.

Dia buat semua benda yang orang kata betul. Tapi hasilnya tak sampai.

Mula-mula, dia salahkan

  • Algoritma
  • Shadowban
  • Timing salah
  • Market dah tepu

Padahal bila tengok akaun dia, TikTok dia hidup.

Content jalan.
Engagement ada.

Jadi… masalahnya di mana?

Rupanya Content Dia Terlalu “Selamat

Semua video dia bunyinya macam ni

“Bisnes kena konsisten.”
“Jangan give up.”
“Usahawan kena kuat mental.”

Tak salah. Tapi masalahnya…

Tak ada satu pun yang buat orang rasa
“Eh, ni pasal aku.”

Orang scroll, angguk kepala… lepas tu scroll lagi.

Tak trigger rasa nak beli.

Bila Content Habis, Dia Diam

Bila ditanya“Lepas video habis, awak suruh orang buat apa?”

Dia jawab “Tak ada… saya ingat kalau berminat, orang DM sendiri.”

Di sinilah ramai salah faham yang menyebabkan stuck.

Orang bukan tak minat. Cuma orang tak tahu langkah seterusnya.

Tanpa CTA,

  • Attention mati di TikTok
  • Minat tak bergerak ke sales
  • Ada DM Masuk, Tapi Sales Tetap Tak Jadi

Yang ni paling sakit.

Ada orang DM tanya

“Harga berapa ya?”

Dia jawab sekali. Lepas tu senyap.

  • Tak follow up.
  • Tak tanya balik.
  • Tak ingatkan.

Sedangkan dalam dunia sales normal untuk orang tak beli bila kali pertama tanya. Tanpa sistem follow up, prospek sejuk begitu saja. Baru Dia Faham Fungsi TikTok Sebenar

TikTok bukan tempat closing.
TikTok cuma tempat menarik perhatian.

Sales akan berlaku:

  • Di WhatsApp
  • Dalam call
  • Dalam live
  • Dalam DM yang disusun kemas

Bila dia ubah content lebih spesifik, CTA jelas, ada follow up ringkas. Barulah benda mula bergerak.

Kalau awak rasa “Aku dah buat TikTok, tapi sales tak naik…”

Mungkin awak bukan buat salah besar. Cuma salah faham fungsi TikTok.

TikTok tarik orang. Sistem awak yang jual.

Dan bila dua-dua selari,
barulah usaha tu berbaloi.

Perkongsian ini dipetik dari sesi Khas Amazing Breakfast Captain Azlan, Assistant Manager Business Consultant bersama anak didik FunnelEvo President Prime, President dan Mastermind.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !