Soalan ini kerap muncul bila bisnes mula berkembang.
Kerja bertambah, keperluan berubah, dan staf pula pegang lebih daripada satu peranan.
Majikan pun mula tertanya-tanya
“Perlu ke buat kontrak baru kalau nak tambah jobscope staf?”
Jawapannya adalah tidak semestinya jika dibuat dengan cara yang betul.
Bila Kontrak Baru Tidak Diperlukan? Kebanyakan kontrak pekerjaan sudah mempunyai klausa seperti “Tugas dan tanggungjawab boleh diubah mengikut keperluan syarikat.”
Jika klausa ini wujud dalam kontrak asal, majikan tidak perlu menyediakan kontrak baru setiap kali berlaku penambahan atau pelarasan tugas.
Apa yang penting
- Perubahan tugas masih relevan dengan jawatan
- Beban kerja masih munasabah
- Tidak melanggar terma asas kontrak (gaji, waktu kerja, status jawatan)
- Cara Praktikal Urus Perubahan Jobscope
Walaupun kontrak baru tidak diperlukan, rekod tetap wajib ada.
Ini untuk jaga ketelusan dan elakkan salah faham di kemudian hari.
1. Buat Attachment Tambahan Dalam Fail Staf
Sediakan dokumen ringkas yang menyatakan:
- Tugas tambahan
- Skop tanggungjawab
- Tarikh mula pelaksanaan
Dokumen ini disimpan bersama kontrak asal sebagai rujukan rasmi.
2. Kemas Kini Melalui Performance Appraisal Berkala
Gunakan sesi penilaian prestasi (contohnya setiap 3 bulan) untuk:
- Bincang perubahan peranan
- Selaraskan jangkaan kerja
- Tetapkan keutamaan tugasan
Ini membantu staf faham kenapa jobscope berubah dan apa yang diharapkan daripada mereka.
3. Gunakan Individual Performance Contract (IPC)
Untuk pengurusan yang lebih tersusun, gunakan Individual Performance Contract (IPC).
IPC membantu majikan:
- Tetapkan KPI tahunan dengan jelas
- Selaraskan tugas dengan sasaran syarikat
- Nilai prestasi berdasarkan output, bukan andaian
Dengan IPC, penambahan jobscope tidak dilihat sebagai beban,
tetapi sebagai sebahagian daripada tanggungjawab yang diukur dan dihargai.
Menambah jobscope staf tidak semestinya memerlukan kontrak baru,
asalkan kontrak asal mempunyai klausa fleksibiliti tugas.
Yang lebih penting ialah,
- Rekod yang jelas
- Komunikasi yang telus
- Penilaian prestasi yang konsisten
Bila staf faham peranan mereka dan majikan urus secara profesional,
perubahan tugas akan dilihat sebagai perkembangan bukan paksaan.

Sesi ini adalah sedutan sesi soal jawab bersama certified trainer FunnelEvo Tuan Fudzail, Company Management Specialist.
Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?
Daftar sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!
Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!
