2 Hari Yang Mengubah Cara Kami Melihat Bisnes Siri Strategic Planning FunnelEvo Bersama President Prime, President & Mastermind

Dalam dunia bisnes yang bergerak pantas, seorang pemilik syarikat tak boleh lagi bergantung pada nasib, semangat sahaja atau strategi “ikut rasa”. Bisnes yang mahu bertahan 5–10 tahun ke hadapan memerlukan perancangan yang jelas, sistematik dan berpandukan data.

Itulah tujuan sesi Strategic Planning 2 Hari yang dihadiri oleh kelompok usahawan paling komited dalam ekosistem FunnelEvo Presiden Prime, President dan Mastermind.
Semuanya berkumpul dengan satu niat: memperkemaskan hala tuju bisnes untuk tahun yang lebih mencabar.

1. Bermula Dengan Kejelasan – Misi, Visi & Shared Values

Perjalanan dua hari ini dibuka dengan perkara paling asas tetapi paling kritikal: kejelasan.

Ramai usahawan mengakui, dalam kesibukan harian mengejar sales, mereka kadang lupa tujuan asal syarikat diwujudkan.

Dalam sesi pertama, para peserta menyusun semula:

  • Misi – untuk apa syarikat ini wujud
  • Visi – apa impian jangka panjang yang mahu dicapai
  • Shared Values – nilai yang membentuk budaya dan cara bekerja

Apabila seluruh pasukan bergerak atas kompas yang sama, keputusan jadi lebih mudah, strategi lebih tepat, dan bisnes lebih stabil.

2. Menyelam Dalam SWOT, TOWS & PESTEL

Bisnes hanya boleh bergerak jauh bila memahami diri sendiri dan dunia sekelilingnya.

SWOT

High Level Coaching mengenal pasti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman dalam syarikat masing-masing.

TOWS

Dari dapatan SWOT, mereka belajar membina strategi yang lebih konkrit bukan lagi sekadar angan-angan, tetapi pelan tindakan yang nyata.

PESTEL

Faktor luar seperti politik, ekonomi, sosial, teknologi, alam sekitar dan undang-undang turut dibedah. Ini penting supaya syarikat lebih bersedia jika berlaku perubahan mendadak.

3. Model 5M: Mengenal Pasti Risiko Sebelum Ia Meletup

Salah satu sesi paling membuka mata adalah Model 5M rangka kerja mengenal pasti sumber risiko dalam organisasi.

Lima elemen utama ialah:

  • Money
  • Manpower
  • Machine/Technology
  • Method
  • Material

Ramai peserta menyedari bahawa masalah terbesar mereka sebenarnya berpunca daripada SOP yang longgar, kapasiti manusia yang tidak seimbang atau teknologi yang tidak lagi relevan.
Model 5M membantu mereka mengenal pasti titik lemah sebelum ia bertukar menjadi krisis.

4. Modul Financial: Membina Bisnes Yang Lebih Sihat & Stabil

Sesi kewangan ini dianggap antara yang paling “wake up call” oleh ramai peserta.

Antara perkara penting yang dipelajari:

  • Cost Advantage– Kenal pasti kos yang boleh dikurangkan tanpa menjejaskan operasi.
  • Unique Assets– Faktor unik yang sukar ditiru pesaing kelebihan paling penting untuk jangka panjang.
  • Revenue Model– Memahami aliran pendapatan yang stabil, scalable dan tidak bergantung pada satu sumber sahaja.
  • Akses Modal– Pilihan pembiayaan seperti geran, pinjaman, pelabur dan model lain yang boleh mempercepatkan pertumbuhan.

Ramai mula nampak bahawa mereka bukan kekurangan pelanggan, tetapi kekurangan struktur kewangan yang kuat.

5. Tawaran Mengikut Segmen T20, M40 & B40

Dalam era ekonomi yang tidak sama rata, strategi menawarkan produk kepada semua orang dengan cara yang sama sudah tidak relevan.

Peserta belajar membina tawaran yang sesuai mengikut kemampuan pelanggan:

  • Attraction
  • Upsell
  • Downsell
  • Continuity

Ini memastikan setiap segmen tinggi, pertengahan dan rendah tetap menjadi pelanggan tanpa mengorbankan margin.

6. Membezakan Strategic Issue vs Operation Issue

Ramai pemilik bisnes terperangkap dalam operasi harian sehingga tak sempat memikirkan strategi besar.

Dalam sesi ini, peserta belajar membezakan:

  • Strategic Issue- Hala tuju, struktur, sistem, positioning, skala.
  • Operation Issue- Delivery, servis pelanggan, proses harian.

Apabila pemilik syarikat duduk terlalu lama dalam operasi, bisnes akan statik.
Apabila pemilik naik ke aras strategi, bisnes mula bergerak dengan lebih pantas dan teratur.

7. Kenapa Revenue Stream Sangat Penting Dalam Strategic Planning?

Setiap revenue stream mempunyai karakter yang berbeza:

  • Margin tak sama
  • Kos tak sama
  • Target market tak sama
  • Impak cashflow tak sama

Sebab itu, peserta belajar mengenal pasti stream mana yang patut dikembangkan, diperkukuhkan atau ditutup.
Hasilnya, mereka lebih jelas memilih pendapatan yang paling sihat dan paling menguntungkan untuk 12–24 bulan akan datang.

2 Hari Yang Mengubah Cara Melihat Bisnes

Sesi ini bukan sekadar training.
Ia adalah sesi refleksi, pembersihan minda, penyusunan semula strategi dan penyatuan hala tuju.

Para usahawan President, Prime President dan Mastermind pulang dengan

  • Pelan yang jelas
  • Strategi yang actionable
  • Struktur bisnes yang lebih kukuh
  • Keyakinan untuk memasuki tahun baru dengan lebih bersedia

Satu perkara yang pasti, usahawan yang merancang sentiasa mendahului mereka yang hanya bertindak.

Serius nak jadi salah seorang seperti mereka? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !