Bila Saya Belajar Urus Manusia, Baru Saya Faham Rahsia Sebenar Nak Besarkan Bisnes

Nama saya Nur Syahidah Zolbahare, dan perjalanan saya dalam dunia bisnes bermula jauh sebelum saya sedar bahawa inilah jalan hidup saya. Saya dibesarkan dalam keluarga yang memang menanam nilai berdikari dan berniaga sejak usia muda. Pada umur 16 tahun, saya sudah dididik untuk menjadi usahawan, bukan sekadar pekerja.

Selepas tamat belajar, saya bekerja di Concorde Hotel manakala suami saya, Ismail, pula bertugas sebagai tukang masak di Mandarin Oriental. Dunia perhotelan banyak mengajar kami tentang disiplin, kualiti, dan layanan pelanggan tapi jauh di dalam hati, kami tahu kami mahu sesuatu yang lebih besar daripada sekadar menerima arahan.

Kami mula berniaga pada tahun 2011. Produk pertama kami ialah Roti Arab sederhana, tapi penuh jiwa. Kami jual di pasar tani, dari satu tapak ke satu tapak. Bayangkan, waktu itu semuanya dibuat sendiri uli roti, bungkus, jual, dan kemas.

Saya masih ingat pelanggan pertama kami di Bangi, Kajang dan Putrajaya. Sehingga hari ini, ramai yang masih mencari kami. Itulah pengalaman manis yang tak dapat saya lupa bila orang hargai hasil tangan kita dan terus setia walaupun masa dah lama berlalu.

Tapi di sebalik itu semua, ada saat-saat struggle yang perit.
Modal keluar banyak. Staf keluar masuk tanpa henti.
Dan saya sendiri pernah rasa penat buat rutin sama setiap hari tanpa nampak jalan keluar.

Selepas 11 tahun di Kajang, kami buat keputusan yang ramai orang kata gila pindah ke Elmina East untuk buka café baru. Ramai nasihatkan, “Kenapa nak pindah? Dah stabil kat Kajang tu.” Tapi saya percaya, kalau kita nak naik level baru, kita tak boleh takut berubah.

Perubahan sebenar bermula bila saya dan suami sertai Mastermind FunnelEvo. Dulu, saya takut nak ambil staf. Rasa semua benda kena buat sendiri. Tapi lepas belajar dalam FunnelEvo, saya mula faham kalau nak bisnes naik, kena belajar urus manusia.

Saya belajar cara ambil staf yang betul, faham struktur organisasi, dan yang paling penting saya mula keluar dari operasi harian untuk fokus pada leadership dan strategi.

Dari situ, kami mula nampak perubahan besar sales kami meningkat dua kali ganda dari RM700,000 (2023) kepada RM1.4 juta (2024).

Kalau anda masih rasa terperangkap dalam rutin, masih buat semua benda sendiri, saya nak pesan satu perkara Ilmu digital dan ilmu urus manusia sangat penting dalam bisnes.

Bila bisnes dah ada ramai staf, baru kita sedar masalah sebenar bukan produk, tapi manusia dan sistem. Kalau kita tak belajar urus, kita akan terus penat, tapi bisnes tak berkembang.

Hari ini, saya tak lagi sekadar jual roti atau buka café. Saya sedang bina legasi sebuah bisnes yang bukan hanya bagi rezeki kepada keluarga saya, tapi juga membuka peluang kepada orang lain untuk sama-sama berkembang.

Serius nak FunnelEvo bantu anda grow bisnes? Kami sedia membantu untuk berikan anda Business Review. Berminat?

Tempah sekarang sesi Business Review bersama team FunnelEvo secara percuma!

Business Review adalah sesi khas untuk usahawan yang perlukan bimbingan rapat untuk capai jualan RM1 juta pertama hingga jualan RM10 juta!

Jangan lupa share artikel ini

Dapatkan EBook Percuma Sekarang !

Tawaran Terhad untuk 500 Usahawan sahaja.

Semoga blog ini memberi manfaat untuk anda.

Nakkan Konsultasi Bisnes PERCUMA? Klik Di Bawah Sekarang!

DAPATKAN Ebook Percuma anda SEKARANG !

Isi Maklumat Anda Dibawah Untuk Dapatkan Ebook.

Terhad untuk 500 Usahawan Terawal Sahaja !