Bila Dunia Kata Dah Lambat, Allah Kata Baru Bermula
“Umur dah 46, dah lambat lah nak mula bisnes. Peluang untuk wanita umur 40-an dah tipis. Usia produktif dah lepas, better focus jaga cucu je.”
Ini antara ayat yang sering kita dengar dalam masyarakat. Society kita ada timeline yang strict kalau nak berjaya, kena mula muda. Kalau umur dah 30 lebih belum buat apa-apa, dah consider lambat.
Tapi Puan Hajah Padzilah Enda Sulaiman prove sesuatu yang berbeza. Beliau mulakan Siti Khadijah pada usia 46 tahun. Dan hari ini, Siti Khadijah bukan sekadar jenama telekung. Ia sudah jadi empayar jenama telekung nombor satu di Malaysia yang dikenali sehingga ke peringkat antarabangsa.
26 Tahun Jadi Suri Rumah Sepenuh Masa
Dari umur 20 tahun hingga 46 tahun, 26 tahun Puan Hajah Padzilah jadi seorang suri rumah sepenuh masa. Bukan suri rumah yang idle, tapi suri rumah yang berjaya dalam erti kata sebenar.
Beliau urus keperluan suami, jaga anak-anak, pastikan rumah tangga harmoni, dan bina keluarga yang solid. Dan semua tu adalah kerja yang tak pernah ada annual leave, tak ada bonus, tak ada recognition dari dunia luar. Tapi beliau buat dengan sepenuh hati, sebab beliau faham itu jihad beliau pada masa tu.
Ramai orang pandang rendah pada kerja suri rumah. Kata senang, kata tak challenging, kata buang masa. Tapi hakikatnya, menjadi suri rumah yang berjaya adalah satu kemahiran yang sangat tinggi nilainya. Beliau kena pandai manage masa, manage duit, handle konflik, multitask, dan bersabar.
Semua skill tu, dari time management, financial management, people management, crisis management adalah skill yang sangat penting untuk jadi entrepreneur. Dan Puan Hajah Padzilah asah semua skill tu selama 26 tahun jadi suri rumah.
Jadi bila masa sampai untuk beliau masuk dunia perniagaan, beliau dah ready, dah trained, dah matang.
Tanpa Sengaja Cipta Jenama Sejuta Umat
Yang menariknya, Siti Khadijah bukan dirancang dari awal. Bukan beliau target nak jadi jutawan. Bukan beliau bermimpi nak bina empire. Beliau mulakan tanpa sengaja.
Mungkin bermula dari keperluan sendiri, mungkin dari idea simple, mungkin dari niat yang ikhlas nak tolong orang lain dapat telekung berkualiti. Tapi Allah ada plan yang lebih besar.
Apa yang bermula sebagai sesuatu yang kecil, Allah kembangkan. Apa yang beliau tak sangka, Allah jadikan kenyataan. Dan inilah beauty of rizq dari Allah. Bila Dia nak bagi, Dia bagi melimpah-ruah. Bila Dia nak bukakan pintu, tak ada yang boleh tutup.
Beliau tak perlu kejar dengan desperate, tak perlu paksa dengan agresif, tak perlu tipu atau manipulate. Beliau just buat yang terbaik, dengan niat yang ikhlas, dan Allah buka jalan.

Prinsip Yang Buat Siti Khadijah Bertahan: Value Over Everything
Puan Hajah Padzilah kongsi satu prinsip yang sangat powerful.
“Pelanggan boleh tiru apa saja yang kita buat. Tapi mereka takkan boleh ambil value kita.”
Cuba baca ayat tu sekali lagi. Perlahan-lahan. Biar masuk dalam hati.
Dalam dunia perniagaan hari ini, senang je nak tiru. Design telekung? Boleh tiru. Color combination? Boleh tiru. Packaging? Boleh tiru. Marketing strategy? Boleh tiru. Even tagline pun boleh tiru.
Tapi ada satu benda yang tak boleh ditiru. Value.
Value bukan hanya kata-kata. Ia terserlah dalam DNA syarikat, cara layan pelanggan, kualiti, dan integriti. Dan value tu yang buat Siti Khadijah berbeza dari yang lain.
Banyak telekung kat luar sana. Banyak brand lain yang jual produk serupa. Tapi kenapa ramai yang setia dengan Siti Khadijah? Sebab value. Sebab bila beli Siti Khadijah, mereka tahu dapat quality, dapat service yang baik, tahu syarikat ni operate dengan integriti.
Dan value tu tak boleh ditiru dalam sekelip mata. Value tu kena dibina, kena dijaga, kena dipelihara selama bertahun-tahun.
Viral Sahaja Tak Guna Kalau Value Tak Ada
Zaman social media ni, semua orang nak viral, nak trending, nak famous overnight. Tapi Puan Hajah Padzilah ingatkan kita.
“Viral sahaja tak guna kalau value tak ada.”
Viral itu temporary. Fame itu fleeting. Hype itu akan hilang. Tapi value? Value adalah foundation yang kekal.
Kita boleh je viral sebab marketing yang power, boleh je famous sebab ada influencer promote, boleh je trending sebab buat gimmick menarik. Tapi bila customer dah try produk, bila customer dah experience service, bila hype dah reda… apa yang tinggal?
Kalau value ada, customer akan balik, akan repeat order, akan recommend kat orang lain, akan jadi loyal customer bertahun-tahun. Tapi kalau value tak ada, viral pun sia-sia. Customer try sekali, pastu tak balik dah.
Beliau tak kisah kalau ada yang tiru sebab beliau tahu. Yang mereka tiru tu hanyalah luaran. Yang penting adalah dalaman. Dan dalaman tu, value tu, takkan dapat ditiru semudah itu.
Tak Kejar Masa, Sebab Rezeki Tak Pernah Salah Alamat
Satu lagi wisdom dari Puan Hajah Padzilah yang sangat bermakna. Dalam dunia bisnes, semua orang berlumba kejar masa. Tapi tidak bagi beliau sebab tahu, rezeki itu tak pernah salah alamat.
Dunia bisnes hari ini penuh dengan pressure, Kena cepat launch sebelum orang lain, kena cepat grow sebelum competitor sailang, kena cepat scale sebelum market berubah. Tapi beliau ada pendekatan yang berbeza.
Beliau tak berlumba dengan masa, tak panik dengan competitor, dan tak stress walau growth lambat kerana sabar dan konsisten itu kunci kejayaan. Sebab beliau yakin satu perkara. Rezeki itu datang dari Allah, dan Allah tak pernah salah alamat.
Rezeki yang Allah dah tetapkan untuk kita, takkan pergi kat orang lain, takkan terlepas, takkan salah sampai. Cuma rezeki tu sampai mengikut timing Allah. Dan timing Allah adalah timing yang paling perfect.
Kalau kita kejar sangat, paksa sangat, desperate sangat. Kadang-kadang kita dapat benda yang bukan rezeki kita. Dan benda yang bukan rezeki kita tu, walaupun dapat, takkan bawa keberkatan.
Tapi kalau kita sabar, ikut flow Allah, terima timing Allah. Bila dapat tu, memang rezeki kita. Dan rezeki yang betul-betul untuk kita tu akan bawa keberkatan yang melimpah.
Kena Yakin: Rezeki Datang Dari Allah
Keyakinan ni adalah game changer dalam bisnes. Bila kita yakin rezeki dari Allah, kita tak takut rugi sebab kita tahu Allah yang bagi. Kita tak dengki dengan kejayaan orang lain sebab rezeki masing-masing dah ditentukan. Kita tak desperate sampai sanggup buat perkara haram sebab kita tahu rezeki halal Allah dah sediakan.
Dan keyakinan ni bukan datang tiba-tiba. Keyakinan ni dibina melalui pengalaman dengan Allah, melalui tahun-tahun bergantung pada-Nya, melalui iman yang dijaga setiap hari.
Puan Hajah Padzilah ada keyakinan tu. Dan keyakinan tu yang buat beliau boleh buat keputusan dengan tenang, boleh lead dengan wisdom, boleh handle pressure dengan kepala yang cool. Beliau tak operate dari tempat fear. Beliau operate dari tempat faith.
Kalau Rasa Dah Terlambat? Think Again
“Kalau rasa kita dah terlambat? Tenang. Kadang bukan kita yang lambat. Cuma rezeki itu datang ikut timing Allah, bukan jam manusia.”
Ini adalah reminder yang sangat penting untuk kita semua. Berapa ramai antara kita yang rasa dah terlambat? Terlambat nak sambung belajar, terlambat nak start bisnes, terlambat nak tukar career, terlambat nak kejar impian.
Umur dah 30, dah 35, dah 40, dah 45. Orang lain dah mula dari 20-an, dah berjaya di usia 30-an. Sedangkan kita, baru nak mula sekarang.
Tapi siapa kata dah lambat? Society kata lambat. Tapi Allah tak pernah kata lambat.
Timing Allah bukan ikut kalendar manusia. Timing Allah ikut wisdom-Nya yang kita tak boleh faham sepenuhnya. Mungkin pada usia 20-an, kita belum ready, belum matang, belum ada skill yang perlu.Usia 30-an? Masih belajar, masih kumpul pengalaman tapi setiap langkah membawa kita lebih dekat ke kejayaan.
Dan pada usia 40-an baru ready, baru cukup matang, baru cukup stable, baru cukup wise untuk handle apa yang Allah nak bagi.
Puan Hajah Padzilah adalah living proof untuk ni. Kalau beliau start pada usia 20-an, mungkin takkan sama hasilnya. Mungkin beliau belum ready nak handle business yang sebesar ni.
Tapi pada usia 46, beliau ready. Beliau dah go through 26 tahun training jadi suri rumah. Beliau dah mature, dah stable, dah ada wisdom. Dan bila Allah bukakan pintu pada masa tu, beliau boleh handle dengan baik.
Rasa dah lambat? Jangan give up. Langkah kecil hari ini bawa kejayaan esok. Mungkin kita bukan lambat. Mungkin kita on time, on Allah’s time.

Pelajaran Dari Kisah Beliau
1. Usia hanyalah nombor, bukan penghalang – 46 tahun bukan terlalu lewat untuk mula. Selagi ada nyawa, selagi ada tenaga, selagi ada iman tak pernah terlalu lewat. Yang penting bukan bila kita mula. Yang penting adalah kita mula.
2. Pengalaman hidup adalah aset berharga – 26 tahun jadi suri rumah bukan kerugian. Itu adalah training ground. Jadi kalau hari ini kita rasa hidup kita biasa-biasa je, jangan putus asa. Setiap pengalaman adalah pelajaran. Setiap fase dalam hidup adalah preparation untuk fase seterusnya.
3. Value adalah aset yang paling berharga – Dalam dunia yang semua boleh ditiru, value adalah satu-satunya competitive advantage yang kekal. Build value dalam diri kita. Build value dalam bisnes kita. Product boleh sama. Tapi value buat kita berbeza.
4. Rezeki dari Allah tak akan terlepas – Stop compete dengan cara yang desperate. Yakin pada rezeki Allah. Buat yang terbaik. Usaha dengan ikhlas. Dan biar Allah yang tentukan hasilnya. Rezeki yang Allah dah tulis untuk kita, takkan pergi kemana.
5. Timing Allah adalah perfect timing – Kadang-kadang kita nak sesuatu sangat sekarang. Tapi Allah lambatkan. Bukan sebab Allah tak sayang. Tapi sebab timing belum sampai.Percayalah pada proses, pada timing, dan pada Allah. Segala yang berlaku ada hikmahnya.
Jangan Ukur Hidup Dengan Timeline Society
Society ada standard, ada timeline, ada expectations. Society kata bila umur 25 kena dah dapat kerja tetap, umur 30 kena dah kahwin, umur 35 kena dah beli rumah. Tapi Allah tak ukur hidup kita dengan timeline society.
Allah ukur hidup kita dengan sesuatu yang jauh lebih meaningful.Adakah kita gunakan masa yang Dia beri dengan sebaiknya? Dan adakah kita menjaga setiap amanah yang dipercayakan kepada kita? Lebih penting lagi, adakah hidup kita dipenuhi dengan kesyukuran setiap hari?
Puan Hajah Padzilah prove that success boleh datang pada bila-bila masa, pada umur berapa pun asalkan kita ada iman, usaha, dan keyakinan pada Allah. Beliau prove that ‘lambat’ itu relative. Yang dunia kata lambat, mungkin dalam ilmu Allah adalah perfectly on time.
Rasa terlambat? Ingat kisah beliau. Mula lambat, tapi usaha konsisten tetap bawa kejayaan. bahawa Allah ada plan yang lebih besar untuk hidup kita.
Dan yang paling penting, start now. From where you are. With what you have. Sebab kadang-kadang, the best time to plant a tree was 20 years ago. The second best time? Today.
Kalau nak dengar banyak lagi perkongsian, rahsia, dan tips pengasas Siti Khadijah boleh tonton di YouTube BuatSaja Podcast. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda yang membaca.
Kalau anda ada founder atau influencer kegemaran yang anda rasa patut kami jemput ke BuatSaja Podcast, jom calonkan mereka! Siapa tahu next guest kami adalah pilihan anda sendiri.
